10.5.11

Bila rumah sendiri tidak lagi selamat

Geram.
Benci.
Sakit hati.
Itulah perasaan saya malam tadi. Bibik buat hal. Saya menonton tv di ruang tamu. Tiba-tiba terdengar Iman menjerit. Memang kebiasaannya Iman menjerit kuat kalau hendak susu (antara ciri WS ialah ada tantrum, cepat marah walaupun hanya mau susu) Tapi kali ini kuat lebih dari biasa. Saya lihat Iman di bilik. Jatuh katil. Nasib baik kepala beralas tilam, leher ke bawah di atas lantai. Saya pun berlari memeluk dan pujuk dia.
Saya tegur bibik, sudah saya pesan banyak kali, kalau tinggalkan Iman pastikan kepung bantal di sekeliling katil sebab Iman dan pandai mengundur. Dia balas balik dia kata dia dah kepung. Aikkk?? Dia ingat saya buta ker? Saya masuk bilik dia balik dia ikut, saya tanya mana bantal keliling yang kamu cakap. Ni kan ada satu bantal sahaja. Dia mendegus-dengus keluar dari bilik. Saya kata lagi, Iman baby istimewa, kalau baby lain yang sihat mungkin kuat kalau jatuh katil.
Tiba-tiba dia mengambil bungkusan barang dan menghempas berkali2 di atas lantai. Berkecai dan bertaburan semuanya. Saya dan En Kaki Pancing tenang sahaja. Dia menjerit2 dalam bahasa dia yg saya tak paham, cuma yg terdengar dengar hantar dia pulang. Hah??? Amboi, baru balik cuti sabtu ahad jumpa suami. Harini meroyan pulak. Saya tegur dia lagi, kata ngan dia kenapa ni. Tak kan lah sebagai majikan tak boleh nak tegur. Dia pun ambil bekas baju kotor dan lempar di atas lantai. Dan masuk dalam bilik, hempas pintu pula.
Saya cakap ngan En Kaki Pancing, saya rasa tak selamat dengan perangai dia macam tu. Buatnya dia meroyan lagi, ntah apa dia buat pada anak2.
Dia dah masuk empat tahun dengan kami. Yer, saya akui memang kerja dia bagus, dia mmg banyak menolong especially masa En Kaki Pancing tak tinggal bersama kami. Tapi saya rasa kebaikan dia kami balas dengan menjaga dia dengan baik. Kalau berjalan dok hotel, dia akan dapat bilik lain, tak pernah lah kami bawa toto dia tidur atas lantai. Dia makan apa yang kami makan di rumah ataupun di hotel bila bawa berjalan. Kalau pergi mana2, saya beli tudung ker apa, beli jugak untuk dia. Dia miscarriage, saya hantar ke hopsital swasta, datang jenguk di hospital. Apa lagi sebagai majikan saya tak buat??
Yer, biar org kata saya mengungkit. Macam nak menunjuk-nunjuk baik pula. Saya nak orang tahu, ada majikan di Malaysia ini memang baik hati, tapi bibik pulak ambil kesempatan.
Bila kita ikut undang2 kena bagi bibik bercuti, masalah ini akan berlaku. Dia keluar, dia bercinta, dia mengandung, dia keguguran, dia meroyan.
Malam tadi, saya angkut beg dan anak-anak. Abang ipar datang bawa kami ke rumah dia. Terima kasih Along dan Kak Long. Saya rasa tak selamat lagi tinggal di rumah sendiri. Dan rasa meluat nak tengok muka orang yang tak sedar diri.
Nasib baik boss bagi cuti seminggu. Ketika ini saya masih belum mandi. Sarat kepala nak fikirkan jalan penyelasaian. Nak ikutkan hati, nak berenti kerja. Kalaulah proses semudah itu.
Kalau berlaku kepada anda, apa tindakan yang anda buat?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

13 comments:

  1. eh tak patutnya..
    geram plak membaca kisah akak ni..
    mmg x sedar diri.,..
    sabar yer kak...
    sy nk bg cadangan pun tak berapa pandai..
    tp insya Allah mesti ada jalan penyelesaiannya...

    ReplyDelete
  2. ya Allah mas, sy pun geram baca entri ni..
    sabar je la org macam ni ..
    dapat majikan org malaysia yg banyaknya berperikemanusiaan
    cuba kalau depa keja dengan org depa sendiri
    lagi layanan mcm hamba tau .. eii geram nya

    ReplyDelete
  3. Indon, tetap Indon! Maaf andai bunyinya kasar, tapi itu realiti. Kita buat baik dgn mereka, mereka pijak kepala kita. Ramai kawan2 dan saudara mara saya dah terkena, baik yang pakai maid, mahupun yg guna sebagai pekerja ladang/kilang. Mereka memang bangsa yang tak tahu hargai orang. Kadangkala terdetik di dalam hati, memang padan muka mereka kena dera dgn majikan bangsa Cina!

    Nasihat saya: BERHENTI KAN MAID awak itu. Serious.

    Option selepas dia berhenti tu, awak fikir fikirkan lah sebaiknya..demi anak, demi keluarga..samada ambil maid baru (risiko berulang insiden ) , atau u have to be a housewife.

    Tu sebab saya tak ada maid, dan tak akan pakai maid.

    ReplyDelete
  4. saya pulak yg rasa geram lebih. macam tak patut betul dia buat perangai nak ngamuk ngamuk bagai, walhal cuma hal kecik je. tak tahu la kak, nak tukar pembantu pun, bukan hal senang.

    moga dipermudahkan. ;)

    ReplyDelete
  5. sterika jer makk.. uhuhu

    ReplyDelete
  6. actually dah berapa kali jadi macam tu, means dia suka hempas2 barang.. kalau sekali dua cuba tanya apa masalah dia. takut dia dah 'gatal' nak lari carik keje lain jadi dia buat perangai..

    akak tak patut keluar dari rumah tu.. itu rumah akak, hak akak, jangan bagi muka kat MAID akak tu..

    kalau keadaan dah tak terkawal, akak pulangkan dia balik.. akak tak pening kepala.. serius cakap.. jangan bagi muka, dah kalau sekali dia berani buat lain kali pasti dia akan buat.. hati-hatilah kak.. nasib baik Iman ok takde pape..

    ReplyDelete
  7. tak de experience dgn maid tp dari citer u ni..better buat sesuatu! demi anak2

    ReplyDelete
  8. hoihh.. memang tak sedar diuntung!
    betul tu.. patutnya suruh dia yg keluar. bila majikan takde kat rumah, nanti takut dia makin naik tocang. buat rumah tu mcm rumah dia sendiri pulak. memang kebanyakan diorang ni, takleh bagi muka lebih sikit. dah memang genetik diorang turun temurun mcm tu agaknya

    ReplyDelete
  9. Cik Fiza: geramkan... nasib baik lah akak dapat sabar

    Izazi: dah serik puan, lepas ni biar badan penat, asal tak sakit hati...

    Daddy Ziyyad: yer, saya dah berentikan dan keluarkan dia dari rumah ini... tuhan jer tau camner saya betul2 geram. Kot tak nak kerja lagi, tak payah lah nak meroyan. bagitau jer la... saya dah serik nak amik bibik. terutama buat masa ni, masih terasa bahangnyer. thanks for advice

    Cekkeya: nak ikutkan hati akak... isshhhhhh

    Aizamia: akak dah hantar balik ke agen, sok uruskan dia balik ke negara dia semula

    En me: hahhaha.. nanti kena tangkap polis pulakkk

    makdara: dah, i dah decided tak amik bibik...thanks datang sini

    Drhanie: tak tau lah genetik ke tak, tapi kalau diaorg maid ni start ada BF atau husband, mmg perangai lebih kurang sama jer

    ReplyDelete
  10. baguslah akak dah hntr dia balik.. tak sedar dek untung..
    moga akak dapat maid yang lagi baik insyaAllah..

    ReplyDelete
  11. dah hantar balik dah??

    ReplyDelete
  12. Siapa jaga anak2 sejak takde bibik.
    Kalau saya memang fobia dgn maid indon.
    Nasib baik time dia meroyan u ada kat rumah.

    ReplyDelete
  13. Aizamia: adussss dikkk, akak dah serikkk... skrg ni tak pakai maid.... handle sendiri... hehehehe....

    DrSinga: dah hantar agensi utk uruskan...

    Womanish: I jaga... hehehheeh.... masa kerja iman hantar penjaga, arman hantar nursery.., amirul hantar transir sementara nak sekolah agama...

    nak ikutkan hati I, ishhh... tak per lah, i pun dah fobia

    ReplyDelete