7.6.11

JJCM @ Penang

Cuti sekolah kali ini kami 'jalan-jalan cari makan' edisi Pulau Pinang.

Baru tiba petang tadi, stay kat flaminggo. Setakat ini sempat pekena nasi kandar. Best!!!

Baru plan nak gi Bukit Bendera esok. Kua plak berita jap tadi kat Buletin Utama TV3 yg cable car tu rosak. Aikkk baru dua bulan operasi. Kena tukar plan nampaknya.

Taman botani pun tak boleh pergi, dalam berita kata air sungai ker air terjun ke (dah terlupa plak) dah dicemari kencing tikus. Time2 cuti sekolah ni la, tikus kencing reramai kat situ.

Mrrrnnmmm... Apa plan esok ek?

Info gambar: pssttsss gamba amik ngan hp, info pulak cut n paste dari wikepdia :)

Jambatan Pulau Pinang  merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang melalui jambatan ini dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 comments:

  1. teringin gak nk pi penang.. last pi 10 thn lepas huhuhu

    ReplyDelete
  2. effa: hehehe tak sempat nak cari pasemboq haritu

    Fiza: hehehe, lamanya... kena pergi tahun ni jugak tau

    ReplyDelete