13.6.11

Madu

'Wanita Muda Tak Kisah Bermadu'

Tajuk akhbar utusan muka surat 1 hari ini. Tak tau nak komen apa. Mula-mula senyum, tapi lagi lama renung jadi 'gatal' jugak nak mengulas isu ini.

Entahlah, sebagai wanita, isteri dan ibu memang lah mudah nak sebut perkataan poligami atau madu.

Mudah tak bererti senang nak praktikkan. Bagi saya macam mana 'selesanya' seorang isteri menyebut dan dia rela dimadukan, pasti (agak saya) sedikit sebanyak dia 'terasa'.

Terasa apa?? Entah, saya sendiri susahlah nak cakap. Sebab belum rasa pengalaman bermadu. Harap En Kaki Pancing kekal macam sekarang. Tak tau esok lusa camner.

Ada saya lihat teman sepejabat berchating dengan awek muda, pelajar IPT tak silap saya. Rancak sahaja. Bila saya dekat, dia tutup plak. Apa nak tutup kan? Kalau chat biasa. Ehemm..

Bila saya cakap, 'Ko tak ingat anak isteri kat rumah ker?' Dengan selamba jer dia kata, 'Aku dah explain kat that girl yang aku dah kawen, dah ada anak. Dia still nak kawan dengan aku. Haaa, tak kan aku nak tolak??'

Mrrmmm.... Ikut akal logik. Betul lah tu. Kucing mana nak tolak ikan. Atau kucing yang tolak ikan, mungkin selera dia lain, makan wiskies.

Rasa-rasa faham tak? Hehhehe

Ada jugak kakak-kakak senior kata dia tak kisah kalau husband dia kawen lain. Asalkan bagi duit dan masa boleh dia keluar-keluar dengan kawan-kawan (bukannya buat aktiviti terlarang. Aktiviti shopping, makan kat kopitiam sambil ada sessi ngumpat2)

Memang lah, boleh kata boleh bagi. Abang belum ada calon. Kalau abang dah kawen baru nanti akak rasa. Gundah gulana. Sakit hati. Cemburu. Masa tu, jangankan kata payung emas, gelang emas pun akak dah tak dapat lagi.

Saya salut lah isteri2 Salleh Yaakob masih boleh tersenyum bergambar bersama2 madu. Respect jugak dengan dia camner dia boleh agihkan masa dan kasih sayang buat semua isterinya.

Bukan senang. Pernah saya baca cerita apabila salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW bertanya sapakah isteri yang paling disayang. Nabi Muhammad SAW menjawab isteri yang paling disayangi akan menerima cincin apabila tiba giliran dan tidak boleh menceritakan perihal cincin kepada isteri2 lain. Kemudian, Nabi Muhammad SAW memberikan setiap isterinya sebentuk cincin.

Saya tanya En Kaki Pancing semalam, rasanya dia akan senyum dan suka tak lagi tengok saya bila saya dah berenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa.
Dia jawab ehhhh suka-suka macam biasa tapi janganlah sambut dia di pintu dengan aroma belacan di badan.

Hehahhahaa...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 comments:

  1. salleh yaakob tu berlaku adil rasanya. sbb tu x jadi isu.
    lagipun apa sgt la nak dikejar di dunia ni kan. esok2 tuhan amik balik semua...

    ReplyDelete
  2. rasanya sikit sgt bilangan yg betul2 ikhlas nak bermadu..kalao yg nak bermadu tu pun mungkin ada sebab2 lain yg dikejarnya...

    ReplyDelete
  3. saya naik meluat baca laporan akhbar akhir2 ni..mula dgn kisah 'the obedient wives club' ..lepas tu kisah poligami tak habis habis..penting sangatkah benda ni sampai nak letak kat frontpage?

    ReplyDelete
  4. hi...i guess mmg skrg perempuan dah x kisah madu sbb dia jadi isteri ke2 dan ke3 dll.Ye, hidup skjp dan mungkin pd pendapat mereka,lebih baik hidup mcm ni dari devoted sepenuhnya 24-7!

    ye..hidup bermadu bkn je sng dpt duit masa ME-TIME byk dsb tapi sanggupkah selalu menjeruk rasa jeles, tak puas hati dan fikir bkn2 belah suami giliran sana?! ada jgk yg dah berjaya career tp tak kisah bermadu kerana mungkin mereka hanya ingin tumpang kasih atau ingin anak dari rahim sdiri?

    kita pun bkn di tmpt mereka dan rasanya Allah tak 'duga' jika bkn kemampuan kita..wallahualam!

    ReplyDelete
  5. masa sy bersekolah di sebuah sek. men. ugama kat Kelantan dulu, seorg ustaz (bg sy ustaz tu mcm gatal ye) ada bertanya pd kami semua "Antunna (kamu) semua sanggup hidup bermadu tak?"

    ReplyDelete
  6. Is: memnag hakikat macam tu, tp susah....

    Lily: hehehe betul kot

    DDZiyyad: macam marah sangat jer....sabar ek doc.

    Salzahari: mungkin betul, dan saya pernah dengar mmg ada yang kenis kawen semata2 nak dapat anak, after preggie jer dia buat hal..

    THousewife: kak, maybe ustaz tanya sanggup jadi wife dia kot.. hehehe

    ReplyDelete