6.6.11

Menemui sinar baru

Pejam celik, pejam celik, Iman dah sebelas bulan. Kejap jer rasanya kan?? orang kata zaman sekarang pantas bergerak, pantas berubah. Zaman dulu pun sama jer, 1 jam tetap 60 minit, bukannya 120 minit. Cuma dulu tak der banyak aktiviti macam sekarang. Pukul 9 malam jer, dah gelap gulita. Tu pasal lah kot, orang dulu anak ramai. hehehehheh....

Walaupun sebelas bulan, perkembangan Iman lambat 4-5 bulan. Sekarang Iman baru nak try angkat badan, nak angkat punggung belajar merangkak. Duduk pun belum boleh lagi. Makan pun baru makan nestum, atau bubur blend.

Tak per lah sayang. Ibu dan ayah ada dengan Iman. Kita buat sama-sama. Kita belajar sama-sama. Jika imbau balik, 11 bulan yang lepas. fuhhh... macam-macam... kalau ingat betul-betul balik ikut minggu demi minggu, mau jer, saya senyum sorang-sorang, gelak sorang-sorang dan nangis sorang-sorang.


Usia Iman 1minggu lebih-  severe neonatal jaundice kena buat blood transfer.
Berat lahir 2.3kg turun kepada 1.5kg

usia Iman 3 minggu. 24jam selepas operation, membetulkan saluran usus yang sempit (duodenal stenosis)


tube dan wayar yang berselirat selepas operation

Kesan operation di perut Iman. Dari hujung pinggang ke hujung pinggang. Doktor buat tebuk lubang di dada (TPN) untuk masukkan zat makanan kerana berat badan Iman tak naik2 lepas operation. (seminggu sebelum dan selepas operation Iman kena puasa)

Melihat Iman hari ini, saya rasa cukup bangga dengan dia. Dia cukup kuat. Lebih kuat dari saya sebenarnya. Semangat dia bertarung selepas operation, tak buleh saya nak jelaskan dengan perkataan. Adakalanya saya sendiri pasrah dan menyerah. Tapi Iman tak pernah menyerah kalah. Saat itu, dia berjuang segala tenaga yang dia ada. Melihat dia, saya tahu saya tak boleh lembik.  Ada kalanya saya malu sendiri dengan Iman.

Nasihat saya yang tak seberapa ini, kepada ibu-ibu di luar sana, bila anak kita sakit, kena tunjukkan kepada dia yang kita kuat. Kalau nak menangis pun, pergi jauh-jauh, sebab dia tahu walaupun usia dia baru tak sampai sebulan. Bukankah yang kita belajar, anak2 ini sudah boleh merasai perasaan kita sejak mereka di dalam kandungan? Oleh itu, belajarlah mancari kekuatan. Biarlah walaupun secebis kekuatan sehari, kerana itu yang mereka perlukan dari kita.


Tapi hari ini, minggu ini, saya berasa semangat sekali. hahahha.. mungkin sebab minggu ini saya cuti JJCM. Tapi itu bukannya sebab utama saya bersemangat. Semangat ini saya dapat dari minggu lepas lagi.  Minggu lepas kami berjumpa (lebih kepada TERjumpa) dengan seorang yang juga ada Williams Syndrome (WS) di hopital. Dia dah 24 tahun. Selain dari over peramah (antara ciri Williams Syndrome), dia kelihatan sihat. Saya lihat dia sekali jer, saya tau dia ada WS. Mungkin sebab, saya dah terlalu banyak membaca mengenai WS dari Dr Google. Dia mahir bertutur dalam 3 bahasa (Mandarin, English, Melayu). Dia juga membuat sukan lasak. Dia dah mendaki Gunung Kinabalu, dia berkayak, berenang. Dia juga main tenis. Terlopong saya mendengarnya sebab yang saya tahu kebanyakan WS mengadapai masalah dalam melihat jarak. He also plays piano and organ by ear!!! now his mom planing to register him for violin class pulak!  Untuk makluman, kebanyakan WS meminati muzik dan boleh bermain musical instuments dengan hanya mendengar sahaja. Mereka berkebolehan mendengar segenap spektrum melodi irama muzik berbanding dengan orang biasa.  Wahhhhh... saya cukup bangga dengan dia dan mamanya. Lama kami beborak, macam jumpa kawan lama. Kalau boleh saya nak peluk mama dia. Banyak tips yang mama dia kongsi pada saya.

Berbulan lamanya saya mencari parents yang mempunyai anak WS. Puas telefon di merata pusat kanak-kanak istimewa. Takdir menemukan kami dengan mereka.  Pertemuan itu memberi semangat dan harapan baru kepada kami. InysaAllah, semoga Iman dikurnia rezeki yang murah, kesihatan, kegembiraan, kasih sayang, kelebihan dan kemudahan... Amin.

Main air liur dan jelir2 lidah.. kengkadang 'notti' dia ni...ishh. geram tengok

Gelak-gelak sampai terangkat kaki hahhahaa

Ready untuk posing...

yeay!!! say 'cheese'



12 comments:

  1. memang susah nak carik kes WS ni..

    dulu, bila doc u buat dignosis WS ke atas Iman?

    ReplyDelete
  2. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
    Allah bagi akak dugaan, Alhamdulillah akak redha... susah nak cari yg mcm tu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah syukur.. dia masih mampu hingga saat ini dan moga dia terus membesar dan sihat hendakNYA.. walaupun saya tak melalui situasai tu tapi sikit sebanyak memberi kesan dihati..

    ReplyDelete
  4. comelnya dia..
    sy bangga dgn sis sbb tabah dan sgt positif..
    sy pinjam semangat sis tu untuk hadapi cabaran hidup sy yg tak seberapa ni...

    ReplyDelete
  5. kak ayin, nanges as baca entri ni. tak tau la nanti bile as jadi ibu kan kan :') huhu~ moga iman, kak ayin n family terus tabah. bes jugak jumpa org² yang senasib and we see them can be just like normal people (malah sebenarny lebih baik dr normal people) ^^ org rs kan kak, nama anak tu pun penting. iman kan maksudnya keyakinan dalam hati. so i think his heart is really meant to be strong :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. syukur, tak tahu nak komen apa. tapi terpanggil gak nak komen. ;)

    *btw, nama anak sedara saya pun iyman, tapi gegurl la ;)

    ReplyDelete
  7. comey nyeee iman!
    setiap kurniaan ada hikmah dan kelebihan. jgn lupa, iman beruntung kerana ada parents yang open heart, open minded... kuat semangat. tapi seriusss iman sangat comey... :)) dan apa yang dia lalui sepanjang ini, membuatkan dia lebih istimewa berbanding yg lain seusia nya... chaiyok iman!!

    ReplyDelete
  8. wahhh..
    peha dah macam kfc !!

    Ayin kuat..
    saya tau!
    kannn...

    ReplyDelete
  9. haiah..
    cannot agree more..
    time anak2 sakit la kita kena kuat even kita sakit.
    tetiba daku teringat yg aku kena operation sbb axillary abscess and in the same time setot warded sebab kena sawan demam.
    ........
    baru minggu lepas bertarung dgn diri sendiri dan keje:
    bwk setot ke tmpt keje dan prepare untuk accreditation and in the same time setot kena sakit alergic dgn prednisolone.

    haihh!!
    btw,jemput join contest yer:
    http://iceboxrivet.blogspot.com/2011/06/sidratul-muntaha-besday-ga-2011.html

    ReplyDelete
  10. DDZiyyad: masa umur 6 bulan, FISH test.

    Is: syukur, sekarang ni bertambah ok sket emosi akak :) thanks dear

    Aizamia: kengkadang kesian sungguh kat dia, tp masa yang sama kena fikir positif

    As: Thanks dik. tu lah mmg saja panggil dengan nama 2nd da. Yng lain Amirul dan Arman panggil nama yg pertama. Doakan kami.

    Fiza: thanks dik

    Cekkeya: nama Imanni macam universal. nama gegirl Iman pun memang ada juga. heheh

    Effa: tahnks dear

    Dr Singa: bertambah kuat :) tahnks doc

    Sidratul Muntaha: thanks... alaaaa.. kesiannya dia

    ReplyDelete
  11. Hi Ayin, terasa lucu I tengok Iman, bagaikan I tengok anak I, April waktu kecik dulu. Memang tak sah lagi WS suka main poot poot poot ngan mulut nyer, habih keluar air liur tak henti. Tapi saiz Iman ok lagi I tengok, sbb anak I kurus cikeding. ;P, hari tuh dipakainyer romper muat lagi gitu, tension. LOL. Tapi I hepi gak sbb I ade sorang baby yang tak tua tua. ;)

    ReplyDelete
  12. Hi Jessie, thanks for visiting my blog. heheh...now berat badan dah turun sebab last 2 week tak berapa sihat. kena cirit birit. masa celebrate besday dia pun, ramai tak sangka yang besday boy tu kena dukung lagi. nampak kecik macam 6 bulan jer. heheh... betul, I pun sampai skrg panggil dia baby lagi... heheheh...

    ReplyDelete