4.6.11

yang mana satu yang ko tak paham dik?

Kemarin saya pergi ke Wangsa Walk. En Kaki Pancing gunting rambut. Bagi mereka selalu ke Wangsa Walk seperti saya, mesti tahu ada parking OKU di depan kedai gunting rambut. Selalunya kalau saya lalu di tepi parking OKU, mata saya mesti nak cari stiker OKU yang tertampal di cermin kereta. Selalunya kereta memang yang parking kat situ memang tak der stiker OKU!!! Yang parking pun, kereta besar-besar. Atau badannya besar dan sihat, bergaya nak pergi ke gym yang berdekatan.

Saya memang sensitif bab-bab macam ni. Sebelum ada anak istimewa pun, saya cukup tak selesa lihat orang sihat parking kereta di tempat OKU. Maaf la, kalau ada rakan-rakan bloggers yang sejenis macam tu. Inikan pula, bila ada anak istimewa, lagi lah membara ajer hati ni. Pernah kami berhujan dengan Iman sebab terpaksa parking jauh. Parking OKU dipenuhi dengan orang-orang yang sihat dan sempurna pada mata kasar, namun 'agak OKU'  atau 'buta' di hati dan nurani mereka.

Ok, sambung cerita balik. Sementara menunggu En Kaki Pancing potong rambut, saya pun dukung Iman di luar kedai. Tetiba masuk pulak kereta proton satria parking kat tempat OKU depan mata saya. Wahhhh, bila pemandu dan penumpang keluar, saya lihat mereka, pasangan remaja yang sihat ajer. Yang lelaki siap badan berketak-ketak dan yang perempuan cantik macam mat saleh. Saya pun pergi hampir degan mereka dan cakap elok-elok, mohon mereka park tempat lain next time. Yang mamat tu, macam  tak puas hati pulak. Siap tanya kenapa. Aikkkkk??? Ko buta ke dikkk? Saya kata kat mereka 'Parking tempat lain next time dik, sebab tempat ni untuk orang kurang upaya'. Dia balas balik 'Banyak lagi parking OKU yang kosong'. Laa.... dalam hati saya, ini bukan cerita parking OKU ada kosong, ko boleh park kereta ko kat situ. Ini cerita kalau bukan OKU,  ko tak berhak parking kereta ko kat situ. Simple. Itu pun masih tak paham.

Si awek tarik lengan mamat tu suruh beredar, yang mamat macam tak puas hati datang dekat saya. Saya katakan kat dia, saya yang ada anak yang intimewa pun tak dapat  nak park kat situ. Dia cakap 'ni banyak kosong kenapa akak tak park kat situ?' Alahaiiii..... kalau nak tunjuk hero depan awek pun, ini bukan lah caranya. Nak jer saya balas, orang tua kurang upaya, yang berdaftar OKU dan  ada stiker OKU sahaja boleh park kat situ.  Ko ada stiker OKU ker dikkkk?'   Tapi saya balas, 'Tak per lah dik, akak dah park kat tempat lain. Next time parking tempat lain  yer dik. terima kasih'.

Semoga Allah ketuk pintu hati dia agar lebih timbang rasa dan lebih prihatin lain kali.

 
Tak tau nak tukar dengan simbol apa, bagi mereka yang tidak paham-paham dengan maksud simbol di atas.

8 comments:

  1. urm, boleh tak kalau saya kata kebanyakan orang msia malas nak jalan jauh2? kalau boleh nak parking depan pintu terus, kalau boleh bawak kereta masuk dalam, dah lama diorg bawak dah. saya tgk kita ni macam kurang prihatin or sensitive dengan isu2 macam ni. tak tahu silap kat mana.....

    ReplyDelete
  2. Kalo saya le,mampuih mamat tu kena kata ..awak ni patut tampal sticker OKO, baru bole park sini.
    Bila dia tny OKO tu apa...jwb la Org Kurang Otak dan cpt2 berlalu.

    Is hrp mamat tu dpt anak oku nnt.or one day dia yg jd oku.biar dia tau camna rasanya.
    Woh..keji kan?

    ReplyDelete
  3. bila dia jadik OKU baaaru rasa !!

    ReplyDelete
  4. salam kenal :)
    saw your blog from kak emila and this entry membuat i nak komen :P
    eventho i takde anak or anyone yg disable, tapi i mmg sensitive bab2 ni.
    sama jugak dengan parking untuk parents yang ada anak and bawak stroller mcm kat tesco. selalu penoh dengan kereta. tapi bukan yang ada anak pon. single mingle. i slalu perhati diaorang ni. nak park dekat2 je. kita yang struggle nak buat keluar stroller slalu tak dapat parking kat situ. i dont know mentality orang melayu or malaysian. i bet overseas will obey all these signs. regardless tempat tu kosong. hehe.. emo pulak :P

    ReplyDelete
  5. itulah dia orang yang takde budi bahasa.. macam dia yang bagus.. tak patut ada sikap macam tu.. memalukan..

    ReplyDelete
  6. Lynn: betul!! setuju, bab malas jalan tu pun akak setuju sebab akak pun jenis malas jalan jauh. terpulang kepada individu itu sendiri jugak sebenarnya.

    Is: satu hari nanti dia akan rasa macam mana.

    DrSinga: setuju!!!

    Ida: thanks sudi singgah sini dan tinggal komen. betul kat overseas, mmg tak payah nak letak kon, mmg tak der yg nak parking situ. Suppose kat sini yang macam tu sebab kita didik engan budi bahasa

    Aizamia: ntah, kalau parents dia tengok anak dia macam tu, rasa2nya malu tak dioarg

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum... teringin lah pulak saya memberi komen dekat sini... untuk pengetahuan semua... saya seorang OKU... dan pengalaman yang ditulis oleh Ayin Masliza, memang selalu saya hadapi setiap hari. saya begitu tak faham dan sedih atitude rakyat malaysia yang memang tidak perihatin dan kasihan kepada OKU seperti kami ini. kami bukan minta dilahirkan begini...

    ReplyDelete
  8. walaikumsalam, saya cukup simpati apa yang dialami oleh saudari/saudara. Tak ada sapa minta dilahirkan dengan kekurangan, dan tak der ibu yang meminta dikurniakan anak yang kurang sempurna. nampak saya bercakap macam ni, tapi berat lagi bahu yang memikul. saya mendoakan agar saudara/saudari dikurnia ketenangan, kekuatan, kesihatan dan kasih sayang yang berpanjangan di dunia dan akhirat. Amin.

    ReplyDelete