28.8.11

Beraya Berlima



Ini adalah gambar raya kami yang paling ok setakat ini. Raya dua tahun lepas. Kami beraya bertiga jer. Tahun lepas macam tak beraya sangat sebab arwah mama sakit dan Iman pun baru sehari keluar Hospital menjelang Syawal. Dan tahun-tahun sebelum itu, saya tak pernah beraya dengan En Kaki Pancing pun. Bila dikenang balik, saya yang selalu emosi menelefon dia di pagi setiap Syawal selama lima tahun berturut-turut.. Dia selamba jer. Hati kering. Beraya di perantauan membuatkan En Kaki Pancing amat terer memasak juadah hari raya. Esok kami balik ke Bangi. Raya tahun ini adalah yang pertama kali tanpa mama di sisi. Sebelum ini, selalu mama yang masak. Last year, dalam keadaan tak larat pun, mama sempat masak sejenis lauk.  Esok, saya akan jadi sous chef jer, membantu En Kaki Pancing. Jap lagi nak google resepi masak lodeh (yang kuah lemak kuning tu kan? ).

Selamat Hari Raya kepada semua pembaca dan rakan bloggers. Saya sekeluarga memohon maaf andai kata, pernah menyakiti melalui perbuatan, perkataan, mahupun butir penulisan di blog ini.

Semoga hari raya kali ini kita semua dikurnia keberkatan, kesihatan, kegembiraan bersama mereka yang tersayang. Amin. 

6 comments:

  1. kak Ayin, selamat hari raya jugak yeh! Aida doakan akak sentiasa bahagia disampaing keluarga, and may Allah bless you and your family.

    Jangan emosi emosi dah tahun ni, hehe. senyum selalu yeh =)

    ReplyDelete
  2. akk, jemput datang umah..hehehehe...saya masak ketupat nasi + palas, kuah kacang ngan rendang...jomla..selamat hari raya untuk akk sekeluarga ,,semoga berbahagia bersama faiz dan anak-anak tahun ni.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin utk akak sekeluarga..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin utk akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  4. kak ayin, selamat hari rayaaaa!!! sedap tuh lodeh, baru lepas sahur dgn lodeh nih. ;)

    Moga raya tahun nih lebih bermaknaaaa! :)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya kak.. ;)

    ReplyDelete
  6. Aida: selamat hari raya juga dari akak sekeluarga...

    Gula Kapas: makkk oiiii... beriya tahun ni... nak gi sana kena naik belon lah yer.. heheheh

    Lily:Thanks Lily.... selamat hari raya juga dr akak buat Lily dan husband...

    Cekkeya: heheh kira macam raya awal lah kan, kalau pekena masak lodeh time sahur ni gegege
    thanks dik

    ReplyDelete