9.9.11

Jangan ditangisi perpisahan ini

sob..sob...
bye bye Michael dan John....


Diaorang dah besar, dah tak muat nak letak dalam bekas air dia... sekejap jer rasanya...bulan 11 tahun lepas kami beli, masa tu cenonet jer.. lah ni dah besar tapak tangan.. kesian kami tengok macam dalam penjara jer. Sayang nak lepaskan sebenarnya. Dapat ker diaorg survive, sebab tetiap hari  kami pagi pelet hijau tu... tetiap hari juga lah En Kaki Pancing akan bersihkan bekas air tu. Saya mmg angkat tangan lah kalau disuruh nak bersihkan diaorg. Bau diaorang ni, memang paeng betul... Asal tak cuci dua hari, satu rumah boleh ada bau. Air diapun, hijau semacam jer....

Tapi yang kuat hati saya nak lepaskan diorag sebab, bila dah besar ni makin rancak plak diaorg ni 'bergurau bertindih'... alamaakkkkk.... kami panggil diaorg Michael and John.. Ingatkan dua-dua jantan.... oh tidakkkk.......

Ciktom.com ada bagi tips nak bezakan jantan atau betina:
Tkasih yer Cik Tom, saya cut and paste je nih heheheh Ni lah masalahnya, bila dah lepaskan Michael dan John baru nak google. Tak per lah kan... Boleh share info ni buat sekalian pencinta kura-kura :)

1)Kura-kura jantan lagi panjang dan tebal ekornya berbanding kura-kura betina. (sama je dua-dua ekor saya tengok, tak der beza pun)

2) Kura-kura jantan mengeluarkaan bunyi garau manakala kura-kura betina menghasilkan bunyi berdesir. (serius tak perasan. Ada ke berdesir. Agaknya kalau saya terdengar, mau saya ingat ada ular kat rumah)

3) Kura-kura jantan lebih panjang cakar (kuku) dari kura-kura betina.( Bab ni pun saya tak perasan)

4) Kalau masih kecil, pola berbentuk bulat (tompok) dibawah cengkerang kura-kura itu banyak dan rapat bermakna itu kura-kura jantan. ( Yang ni saya dah tengok, sama jer pattern diaorang)

5) Kebiasaannya saiz kura-kura betina lagi besar dari saiz kura-kura jantan.( Yang ni pun sama jer saiz)

6) Bentuk cengkerang jantan berbentuk convex manakala kura-kura betina concave. ( Yang ni saya tak berapa nak paham :p)



Saat melepaskan mereka dengan berat hati di kolam rekreasi Bangi. Tak tau camner lah keadaan diorang sekarang. Lepas tu, saya tengok, yang sekor tu nampak sekumpulan ikan pun dia macam kelam kabut nak lari (berenang tercungap-cungap)... apa citer?? cemner tu...

ni gambar diorg dulu masa kecik-kecik dulu... comey geram tengok, macam nak gigit

9 comments:

  1. hehe.. nampak ikan pun lari??
    tak biasa la tu.. tergezutt tgk binatang lain spesies.. :D

    ReplyDelete
  2. Sedih kan....lepas ni buat kolam kat rumah, boleh bela lagi kura-kura...hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau dah lama bela mmg sayang..takpe pasni beli lagi jadikan pengganti

    ReplyDelete
  4. mmblas knjung tuan blog..glamour btl nma kura2..hihi

    ReplyDelete
  5. DrHanie: hehhe yer kot...sebab asik tengok muka dia sama dia jer

    DaddyZ: tak de space nak buat.. umah sempit, laman pon tak der.. :)

    Dazzling Lily: tak per lah... tungggu anak-anak besar dulu, baru bela kucing lepas :)

    Fiqah: nama dia anak akak yg bagi hheheh

    ReplyDelete
  6. alaaa cute nyer 2ekor ni..cepatnyer besar..wonder knp kak ani punye kure-kure x cepat besar..thingkin~

    ReplyDelete
  7. alah sedehnya kena berpisah kan....tapi itu yg terbaik...

    ReplyDelete
  8. Aen: ntah, cousin bela pun ada jugk yg tak besar2.. agaknya mmg species dia camtu kot

    Anita: betul, harap diorg berbahagia hendaknya :)

    ReplyDelete
  9. john ... johnny ..john..tak tau pulak akk ada kura-kura dara...hehehehe

    ReplyDelete