30.9.11

Jom ditch your career!!!

Hujung tahun makin tiba.... bila difikir risau, tapi kengkadang ada juga perasaaan seronok dan excited umpama jari mencucuk-cucuk dipinggang yang membuatkan saya tersenyum..

Hari ini saya terpandang video klip di Yahoo mengenai dua orang sahabat; Natasha dan Freya yang meninggalkan kerjaya masing-masing dan beralih arah membuat perniagaan sendiri. Mereka menjual ice cream sandwiches dengan trak comel. Satu keputusan yang berisiko namun berbaloi. Coolhaus kini semakin dikenali dan digemari ramai di US. Tertelan-telan air liur tengok jenis-jenis ice cream yang dijual.


Wow!!
(gambar dari www.swide.com)



Trak comel mereka
(gambar dari www.swide .com)



(video dari mana lagi, dari youtube leer)

Bila tengok video klip ni, terasa begitu semangat nak memulakan kerjaya baru... hehehhe.. macam nak cakap ngan boss sekarang ni jugak 'bye, bye boss... saya nak pi jual ais kerim'. Satu lagi cerita yang memberi inspirasi ialah DC Cupcakes. Ramai kenal dengan dua orang adik beradik ni; Sophie dan Katherine. Masa program DC Cupcakes disiarkan di Astro, bila tiba masanya saya akan siap-siap menunggu di depam tv, walaupun saya bukan peminat kek mahupun kek cawan ni. Saya suka tengok macam mana diorag menjalankan perniagaan, hubungan mereka dengan mak mereka yang turut berkerja bersama, dan kek-kek cawan yang comel dan berwarna warni.





seawal pagi, kedai belum bukak, ramai dah beratur
(gambar dari www.oceansoul.com )


(gambar dari www.blogdiscovery.com)

DC Cupcakes percuma kepada askar US yg bertugas di medan. Weehhhh, sapa taukey2 kaya kat Malaysia ni, tolong buat perkara yang sama pada tentera-tentera  ATM kita yang bertugas di luar negara) psssttt... kalau saya kaya macam DC Cupcakes saya akan buat perkara yang sama :) wink wink


Kengkawan rakan bloggers, saya telah membuat keputusan untuk berenti kerja (tidak menyambung kontrak) pada tahun hadapan untuk memberi tumpuan kepada Iman dalam setahun dua. Pastu tak tahu dan masih tak pasti apa yang akan dibuat selepas itu.  hehehehhe.... susah jugak masa nak buat keputusan tu. Lama betul fikir sampai pening kepala. Ada yang sokong, ada yang menentang. Tak kan lah nak berenti kerja bila dah stabil macam ni,  dan dapat jawatan macam ni, gaji pun syukur selayak dengan pengalaman 10 tahun berkerja dan kelulusan, (ehem, dengar gaji nak berlipat lagi tahun depan untuk saya dan kawan-kawan).... Tapi bila mengenang Iman, saya yakin saya buat keputusan yang betul. Pengorbanan seorang ibu untuk anaknya. 

11 comments:

  1. kadang-kadang kita kena berani buat perubahan..

    kalau kewangan saya mencukupi confirm saya pun turut berhenti kerja.. letih pergi gelap balik gelap..

    ReplyDelete
  2. takpe..rezeki akan datang dalam bentuk yang tidak disangka sangka..ikhlaskan diri..Insya Allah ada habuannya

    ReplyDelete
  3. sis nk berenti?
    mesti dh buat keputusan selepas membuat pertimbangan sewajarnya kn...
    ape pn sy ucapkan selamat berjaya :)

    ReplyDelete
  4. aizamia: yer, kalau laki cop duit, lagi cepat saya berenti kerja... hehehehe... apakan daya, dia juga makan gaji macam saya

    DaddyZ: InsyaAllah.... Thanks so much

    Cik Fiza: iyerrrr dikkkk... dalam tengah tahun depan kontrak abis.. thanks so much yer dik

    ReplyDelete
  5. saya suka idea berhenti keja demi anak..
    saya pun ada niat ke situ..tp hubby mintak hold dulu..baru amik mortgage loan..tkt x tercover,.smg ada rezeki tpt lain utk anak2..

    amin..

    ReplyDelete
  6. insyaAllah.. ada rezeki especially utk iman nanti
    semoga Allah permudahkan ye :)

    ReplyDelete
  7. insya-ALLAH kak, rezeki ada kat mana2. ;) pengorbanan sorang ibu, terharu plak. ;) eh, akak kan kreatif n inovatif. nt boleh la buat felting ke apa tu. ;)

    ReplyDelete
  8. All the best :) apa yang penting kita happy.

    ReplyDelete
  9. mas .. kita serupa cuma saya masih dalam dilema
    either nak teruskan or takat ni saja huhuhuhuhu
    mcm biasa ada yg sokong n ada yg menentang ..

    ntah la .. hati saya lebih kepada fotografi dan manik2 kristal n mutiara hahaha walaupun rm yg masuk tak seberapa macam kerja skrg but
    kepuasan itu yang paling penting .. sbb sy dah tak jumpa kepuasan kerja pada kerjaya sekarang ...

    ReplyDelete
  10. akk, sy bangga sgt ngan akk sebab diri sendiri belum berani nak buat perkara yang sama. Sy suka apa yang sy buat sekarang, tapi memikirkan anak-anak yang tiada galang gantinya...rasa teringin nak besarkan diaorang sendiri.

    ReplyDelete
  11. Lynn: kebetulan kontrak dah nak abis.. kalau kerja ni, banyak appoitment dia saya selalu skip....

    Drhanie: thanks.. InsyaAllah.. amin..

    Cekkeya: heheh nanti lepas berenti, boleh amik order heheh Thanks dik

    Womanish: betul, yg penting happy dan hati tenteram

    izazi: betul, sama lah puan... apa yg memberi kepuasan... dan bebas bergerak*hug*

    Gula kapas: dik, akak ada ank istimewa, kalau anak sihat macam org lain mungkin, lambt lagi nak berenti... cuma nak fokus kat dia kejap...thanks *hug*

    ReplyDelete