25.9.11

Mee Udang TERBAEK



Tak perlu ke Taiping untuk merasa mee udang yang best. Mee Udang Mak Jah baru (dalam 2 bulan rasanya) di buka di Wangsa Maju. Selalu lalu situ, main jeling-jeling jer. Tapi semalam tetiba rasa-rasa nak try. Memang puas hati. Rasa 'keudaangannya' memang meresap dari lidah bawa ke tekak menjalar ke perut! tak caya? pergi lah cuba.



tengok niii... Udang penuh semangkuk sampai tak nampak mee dia. Oh la laaa... I likeeee........ yang ini adalah mee udang special. Ada jugak mee udang biasa, udang saiz kecik. Dia bagi pilihan lah, sebab kalau datang ramai-ramai, mungkin ada yang tak suka udang besar, seram mungkin.. heheh atau ada yang nak budget sikit, mungkin di hujung bulan, melayani selera isteri yang mengandung... mee udang biasa rasa pun mmg sama, sedap... kuah dia yang buat mahal tuuu...




Mee udang goreng tak pedas untuk anak-anak, dan mee udang special untuk En Kaki Pancing. )Mana dia beli mangkuk/pinggan sampan nih, nampak menarik pulak.... ) menu kat situ semua menu udang. nasik goreng ke, kwee teau ker.. pilih lah sama ada nak yang biase atau yang special...


Gaya Amirul menghabiskan mee goreng udang dengan penuh selera.


Makan sampai licin yer...yang ni keadaannya selepas selesai. Gaya saya meratah mee udang ni tak perlu diletak dalam blog nih.. kehehehhehhe makan tak der control ayu punya... kalau makan control ayu, tak feel gitu! hehehhe... Total semua dalam anggaran RM42 untuk semangkuk mee udang special, sesampan (pinggan) mee goreng udang special, sesampan mee goreng udang biasa, segelas carot susu, segelas air epal, segelas tembikai lanci (my fav)...

Kalau masih tercongak-congak nak masak apa, tengah hari ni, apa kata  isteri-isteri rehat jer hari ini. Tutup dapur tu.  Out of service. Minta suami belanja mee udang Mak Jah di Wangsa Maju... ngehhh neghh...





8 comments:

  1. terliurrrr...jauh benor nak g wangsa maju ataupun kuala sepetang nun..huhuterliurrrr...jauh benor nak g wangsa walk ataupun kuala sepetang nun..huhu nun..huhuterliurrrr...jauh benor nak g wangsa walk ataupun kuala sepetang nun..huhu

    ReplyDelete
  2. memang baeek...sedapnya. Ni yang rasa nak turun Key Ell makan mee udang Mak Jah kat Wangsa Maju...Maya suka...mee. Mama suka udang...terbaek....order satu hantar ke Sepangar kak...

    ReplyDelete
  3. Lily: heheh kalau camtu lily kena google resepi wat sendiri lah nampak nye..

    Gula kapas: hehehe dik, kat sana lagi best per C-poot nih hehehe

    ReplyDelete
  4. ingat masa bulan posa hari tu nak try jugak yg kat wangsa maju tu.. skali, lepas berbuka kat rumah BIL, terus tak larat nak makan dah.. haha

    ReplyDelete
  5. udangnya.. wah... terbaik... ;)

    ni kalau tunjuk kat anak-anak confirm dorang merengek nak.. hikhikhik.. ai tak boleh lagi.. masih dalam keadaan belum betul2 berselera..

    ReplyDelete
  6. DrHanie: kalau datang bagila tau awal, boleh berkumpul hehhehe

    Aizamia: hehhee... takper, tunggu sebulan lagiii, manatau, bertambah selera

    ReplyDelete
  7. Ya Allh..baru hari Ahad lepas ckp kt hubby teringin nak makan mi udang. tp hubby ckpmana nk cari jauh ke kedah. kt taiping pun ada ye? yg saya pernah mkn di kedah, mmg superb!

    ni dh ada kt KL bolehlah anytime cari ke sana. thanks for info :)

    ReplyDelete
  8. Wah sdpnya.katner di WM nih.

    ReplyDelete