22.9.11

MOCKBA

Susulan dari temu janji dengan doktor haritu.

Berat badan Iman tak naik. Pakar jantung risau (kalau dia risau, saya lagi risau sebenarnya). Sebab dia kata bagi mereka yang ada masalah jantung, terutamanya bayi dan kanak-kanak, kemungkinan penurunan berat badan disebabkan jantung 'berkerja lebih' dari sebelumnya. Saya memang tak perasan berat badan Iman tak meningkat. Sebab bagi saya tengok selera dia sama jer. Tak ada pulak dia deman, atau ada tak selera makan kebelakangan ini.

Echo Report  menunjukkan Iman masih ada mild pulmanory stenosis (salur darah dalam jantung sedikit sempit). Doktor kata tak perlu buat pembedahan setakat ini. Kita closely monitor sebab Iman ada Williams Syndrome.  Lagi satu untuk bayi dan kanak-kanak, doktor akan lakukan pembedahan sekiranya terpaksa sahaja. Yup. Saya percaya cakap doktor itu. Sebab saya dah pernah melalui episod kerisauan yang amat semasa Iman buat pembedahan duodenal stenosis (usus sempit) masa dalam hari. Ramai bayi boleh survive semasa pembedahan, tapi ada juga selepas keluar OT terus masuk masuk NICU berhari- hari. Saya bersyukur, Iman masuk ward selepas pembedahan walaupun dalam keadaan wayar dan tube penuh seluruh badan. People said Iman has a heart of a lion. 

Selepas kami jumpa pakar jantung, kami ke klinik genetik. Pakar genetik yang selalu kami jumpa tak ada. Yang ada doktor yang tengah buat master. Tak per lah, mula -mula tu kami macam keberatan juga. Sebab dah dapat agak kena cerita balik dari A to Z. Kalau tak cerita, mana lah sempat doktor tu nak abis baca fail Iman yang tebal tu. 

Mata saya meliar-liar tangok apa yang doktor tu tulis. Ada jadual yang dia kena isi.. ada tulis diagnosis, treatment, dan lain-lain. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah bendera yang ada di tag nama dia. Saya terus tanya dengan gaya macam reporter untuk majalah lifestyle ' How long you have been here, doctor?'... ..

En Kaki Pancing lebih berbual-bual keadaan politik di negara Libya dengan doktor. Dia bagitau kami, bendera yang dia pakai bukan bendera baru. Tapi itu sebenarnya adalah bendera asal sebelum Muamar Gadaffi memerintah Libya. Cara gaya dia cerita memang dia bukan penyokong Ghadafi. hehhehe...

Kami kena jumpa pakar diet untuk check balik diet memakanan Iman. Awal tahun ini, kami ada bagi Iman mengikut nasihat pakar diet. Tapi dah lama tak ikut sebab Iman dah boleh makan bubur. Sekarang doktor nasihatkan kami ikut balik diet lama. Setiap kali minum susu, sukatan dia adalah:

~ 3 sudu susu Anmum ( 6 bulan, sebab susu atas dari 6 bulan lebih banyak kandungan calsium dan Williams Syndrome ada isu dengan hi calsium dalam badan)
~ 1 sudu nestum
~ separuh sudu (saiz sudu mashed patato KFC) carborie - makanan tambahan untuk tambah kalori dalam badan.

ni dia rgupa carborie tu
Kami pergi farmasi hospital, beli Carborie 3 tin. Satu tin untuk Iman, dan 2 tin kami tolong balikan untuk kawan Iman di Putrajaya.  (Sorry kak,  tak menyempat saya nak pos lagi Crabori akak)  *hug*.

Untuk makluman, kami parents kepada anak-anak Williams Syndrome dalam proses membuat 'Williams Syndrome Support Group'.  Kami belum  register kat mana-mana support group ni, cuma setakat ini, kami akan anjurkan gathering dan bantu apa-apa yang mampu.

Dan saya juga tanpa segan silu,  banyak menceritakan/ memberi penerangan mengenai Williams Syndrome ni kepada kawan-kawan dan saudara mara. InsyaAllah, satu hari nanti  masyarakat akan mengenali  dan mengetahui Williams Syndrome.

Baru-baru ini, saya ada ke Sri Pentas atas undangan open house Buletin Utama. Tak sempat nak ambil gambar dengan personaliti Buletin Utama sebab selain dari berbual-bual dan mengumpul buss card, saya fokus kepada menu yang enak-enak. hehheheh.... dah lah dari pagi tak makan Dik Non oiiiii....

Seperti biasa, kalau menjejak kaki ke Sri Pentas, tak sah kalau tak menjenguk senior-senior dan adik-adik Masscomm di sana. hehhehe Diorg dah glamour.. siapalah saya.. namun kehadiran kami (saya datang bersama rakan setugas, Wani) disambut mesra. Kalau orang kata, kerja saya berjalan... yer.. berjumpa dengan media memang salah satu tugas saya...

Paling best berjumpa dengan Chik Inn, penerbit, wartawan dan blogger; Mazlin Nordin.  Antara Senior super duper yang saya cukup hormati. Banyak yang kami bualkan, sehingga menaip bait-bait enty ini pun membuat kan saya tersenyum. Terima kasih Chik Inn kerana membuatkan lebih ramai mengetahui Williams Syndrome menerusi entry beliau terkini. Terima kasih juga tak terhingga atas snow globe bagi menambah koleksi saya. *hug* :)


dari Mockba Russia

6 comments:

  1. semoga Iman sentiasa sehat...begitu juga abg2 dia..hihi...=)

    ReplyDelete
  2. iman minum susu banyak2 tau.. meh auntie kiss iman meh! :D

    ReplyDelete
  3. U jumpa Master student from Libya?

    ReplyDelete
  4. saya support usaha murni akak. dan kalau ada sesiapa perlu info, saya tau kat mana mereka boleh rujuk. :)

    ReplyDelete
  5. Hanis: thanks dear

    Drhanie: hehhehe meh ibu dia hug drhanie dulu :) heheheh

    daddyZ: dia kata macam tu... naper? Doc kenal dia ker?

    ReplyDelete
  6. GB: thanks yer dear... :)

    ReplyDelete