27.9.11

Yang ke-4

Besday Arman semalam. Pagi-pagi lagi, dia bangun dan tanya mana kek dia. Saya jawab 'kedai tak bukak lagi. Ibu hantar skolah nanti'. Dia cakap 'nati ibu me-me' (nanti ibu lama-lama).



Seperti yang dia jangka, saya memang terlewat, sepatutnya sampai kul 10:30 time makan. Cikgu-cikgu dah tanya mana kek. Muka dia masam mencuka, sebab minggu lepas dia dah bagitau kek dia, kek ultraman siap buat gaya altraman tengah 'fire' depan cikgu-cikgu dia. Mungkin dia malu.. Saya tiba jam 1130 dengan officemate, Yanti.. (minta tolong dia amikkan gambar).... muka Arman nampak sikit gembira... yeay!!!

Membesarkan Arman, cukup mudah bagi saya mungkin sebab dia yang paling sihat. Masa baby pun tak banyak hal. Tak de nangis2 malam. Membesarkan dia tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Bila tengok baju2 dia masa baby untuk di pakaikan pada Iman, membuatkan saya tersenyum.

Mungkin sebab dia yang paling sihat dan mudah dijaga, dan paling lasak dan sedikit nakal, saya kurang memberi tumpuan pada dia. Pada umur 3 tahun, dia masih menggunakan sign language untuk berkomunikasi dengan saya. Alhamdulillah, sejak tak der bibik, saya lebih banyak masa memberi tumpuan pada dia, dan sejak dia masuk nursery, banyak perubahan. Dia dah boleh membina ayat. 'bu na gi ne?' walaupun hujung-hujung perkataan... walaupun sedikit terdengar macam sleng orang kelantan, tak per lah nak oiii... Ibu suka...ibu tak kisah..

Dan semenjak dapat mulut ini, bila disuruh, pantas sahaja dia menjawab '5 mini' (5 minutues).  hehheheh...  ataupun  'gi me sa mo' (give me some more).  Bila nampak perubahan Arman ni, kami dah berenti hantar dia pergi speech class. Nursery dia tak ramai budak2, itu yang cikgu-cikgu boleh fokus kepada budak-budak lambat cakap macam Arman. Ada seorang lagi budak kes macam Arman kat situ. Sekarang budak tu dah petah bercakap. 

Arman dan kengkawan n cikgu2. Ada 2 cikgu lagi tak der dalam gambar ni.
Bila tengok ni, macam nak bukak nursery jer nanti.
Arman, memag banyak ikut perangai En Kaki Pancing. Sungguh tak sensitif seperti abang dan saya.  Selamber jer dia. Tapi sebenarnya dia manja dan dia suka melayan Iman. Itu yang membuat cukup tersentuh sekali. Kalau Iman nangis, dia yang cepat meluru agah Iman. Cium Iman. Tanpa disuruh.

Arman sayang, selamat hari jadi yang ke -4. Ibu doakan semoga Arman sentiasa dikurnia kesihatan, umur yang panjang, keberkatan, kemudahan, kebijaksanaan, iman dan kasih sayang yang berpanjangan. Jadi anak yang soleh dan jaga abang dan adik.

Ibu sayang sangat kat Arman.

14 comments:

  1. Selamat Hari Jadi Arman.....moga jadi anak yang soleh dan membahagiakan kedua ibu bapa..

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Arman!
    arman bijak.. insyaAllah :))

    nak kek ultraman sket boleh? hehe

    ReplyDelete
  3. alahai, cantiknya lah kek. ;) sayang plak klau nak makan. ahahah

    Happy Best-Day Arman!!! :) Moga jadi anak yang baik dan taat ibu bapa. ;)

    ReplyDelete
  4. Thanks DrHanie, hehhehe dah abis semalam kat sekolah dia..

    ReplyDelete
  5. You are really a great Mom for them! May Allah bless you and your family Kak Ayin!

    p/s: selalu touching bila baca blog Kak Ayin

    ReplyDelete
  6. Cekkeya: Thanks... InsyaAllah..

    Aida: thanks dik *hug*

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Lahir Arman..
    Moga sentiasa dilindungi, dirahmati dan diberkatiNYA serta sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindunganNYA..

    sebaya anak kita ye..;)
    dak adik tahun ni pun 4 tahun (28 Julai lepas..)

    ReplyDelete
  8. happy birthday hensemm boy aunty :)
    lama tak jumpa ..bila nak ajak ibu dtg kk lagi :)

    ReplyDelete
  9. happy birthday Arman..semoga membesar menjadi anak yg solleh ya...amin...

    ReplyDelete
  10. Happy besday arman, semoga cepat besar...dan tolong ibu ...

    ReplyDelete
  11. selamat hari lahir Arman. kecik2 dah ensem. besau dah tentu lagi ensem. tergugat kawan-kawan. heheh~

    ReplyDelete
  12. happy birthday Arman Adham!!!

    ReplyDelete
  13. rasa macam nak anak jugek! ehehe...

    ReplyDelete