12.10.11

152 hari cabaran tanpa bibik

pejam.. celik..pejam..celik...
yeahhhh!!! sudah 152 hari kami menjalani kehidupan tanpa bibik. Sungguh tak sangka. Masa awal-awal dulu, macam sesak susah nak bernafas.  Ya, kalau dia (bibik) baca blog saya ini, dengan bangga dan syukur saya ingin beritahu dia, kami aman tanpa dia.  Geram masih ada, walaupun sikit.  Untuk bibik, saya tujukan khas lagu ini. Rangkap awalnyer sahaja.

First I was afraid
I was petrified
Kept thinking I could never live
without you by my side
But I spent so many nights
thinking how you did me wrong
I grew strong
I learned how to carry on

hehehhehehe...... memang penat sikit, tapi sekarang, tanpa bantuan bibik, saya dapat merasai kepuasan sebenar membesarkan anak-anak. Amirul, Arman dan Iman lebih rapat dengan saya dan En Kaki Pancing. Dan Arman sudah boleh bercakap dengan ayat penuh. Iman bertambah sihat. Kulit Amirul bertambah cantik. Terima kasih Ya Allah. Ada auntie, tanya saya, 'awak sedar tak anak-anak awak bertambah baik sejak tak der bibik?'. ya, saya tak perasan pun, mungkin sisa masa yang ada (hampir tiada masa) dipenuhi dengan aktiviti merehatkan badan apabila asik sambung, sambung kerja rumah yang tak putus-putus. Phew! almaklum dah hampir 3 tahun lebih tidak membuat kerja rumah, penat yang amatttttttttt....

Dan kebelakangan ini, kami hanya masak waktu weekend sahaja, selalunya beli sahaja di luar.  Mula-mula tu, gagah jugak nak memasak bila balik kerja, lama-lama... hehehehhehee..... dulu masak selalu, sebab ada tukang kemas dapur, sekarang dah tak der.

Kami susun jadual dan pergerakan kami. Dulu masa bibik ada, transport akan hantar Amirul ke rumah. Arman dan Iman bibik uruskan. Sekarang....

Pagi-pagi.
Amirul kami hantar setiap hari ke sekolah. Arman hami hantar ke rumah penjaga transit. Penjaga transit akan hantar dia ke nursery kul 9 pg. Kami hantar Iman ke rumah penjaga lain.

Tengah hari.
penjaga transit amk Amirul kat sekolah. Dia mandikan dan bagi Amirul makan. Transport sekolah agama akan amik Amirul dari rumah pengaja transit hantar dia ke sekolah agama pulak.

Petang.
Kami balik kerja, ambil Arman kat nursery, amik Amirul dan Iman. Pergi kedai makan, take away.

Malam.
Makan malam, basuh pinggan sambil basuh baju. tengok kerja sekolah Amirul. Sidai baju, lipat baju. Sediakan baju untuk anak-anak esok.

Dan perkara-perkara lain turut 'terkena', sama ada secara langsung atau tak. Dan perkara yang saya kena buat 'penambahbaikan' (org kerja gomen selalu guna perkataan ni kat opis)

sapu/vakum rumah:
 3 kali sehari.
Cita-cita: nak cuba buat 2 kali sehari pulak.

Mop lantai:
Seminggu sekali atau pun jika emergency.
Cita-cita: seminggu dua kali tidak termasuk emergency.

Shif Tidur:
Dua shif sahaja. Iman masih tak teratur sleep schedule dia. Ada dua shif tidur:  930mlm - 2pg, 2pg -6pg. Dulu, masa bibik ada, kami buat 3 shif, boleh tidur lama sikit. Saya selalu akan terkejar-kejar kerja rumah sebab nak masuk shif tidur yang pertama. Kalau tak sempat bila bangun kul 2pg baru sambung buat kerja rumah.
Cita-cita: tiada, ikut Iman sahaja.

Kraf ngan anak-anak:
Dah jarang buat kraf dengan Amirul dan Arman. Kesian bebudak tu. Sepatutnya setiap Sabtu atau Ahad adalah 'craft day' kami.
Cita-cita: seminggu sekali



Kraf saya:
Curik-curik masa. Rindu jugak nak banyak masa buat kraf macam dulu. Terutama 'quilling'. psttt... skrg ada projek kraf baru. Saya akan share nanti dengan kengkawan.
Cita-cita: 3 projek setiap minggu.



Tengok wayang:
Last tengok 'smurf'. Itupun angkut semua sekali. Dulu, kalau saya berdating dengan En Kaki Pancing atau bawa Amirul dan Arman tengok wayang, Iman kami tinggalkan dengan bibik. Sekarang, bila planning nak pergi, 20 kali fikir, terus tak jadi. Sebab tak kan nak letak Iman kat rumah penjaga pulak.
Kalau boleh: sebulan sekali.

Banyak perkara lain lagi... tapi cukup lah yang-yang tu jer nak dikongsi. Sapa yang planing nak berentikan bibik, fikir dua, tiga kali  dan buat perancangan teliti. Tapi bila semua dan berjalan lancar, akan dapat nikmati kegembiraan sebenar berkeluarga.

nota: Arman dah pandai cakap pada saya:  'ibu terbaeeekkkk' (yeayy!!! lompat bintang)

9 comments:

  1. saya xde bibik dan x pernah ada bibik

    x tahu m/mana rasanya ada bibik

    tp melihatkan kakak yg hidup x keruan bila bibik dia balik kg 2 mggu utk cuti raya..saya rasa bertuah pulak xde bibik sbb tiada pergantungan pd bibik

    tp ada banyak pro & cons..akhir2 ni suami kata nak amik bibik..saya masih belum bagi kata putus...

    susah nak comply with 3rd party inside the same house

    lagi satu sy ni paranoid kot ?

    apapun congrats..u made it :-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    ada hikmah disebaliknya kan? :)


    psst.. saya nak frame mcm dlm gambo tu, boleh? kita sistem barter dgn snow globe? hehe

    ReplyDelete
  3. Lynn: amik bibik ok jugak. KALAU dapat yang ok. kalau dapat yang tak OK, mmg serabut kepala. Apa pun bincang lah dengan hubby bebaik. :)

    Drhanie: heheheh buleh, tapi tak boleh cepat sebab now tak der masa sangat. nanti kita usahakan....thanks :)

    ReplyDelete
  4. xpe la kak ayin. dah bagusss dah planning and implementasi tu kak. x de bibik bdn penat, tp hati senang :)

    ReplyDelete
  5. Oyis: ehhehe bak org kata 'pelan=pelan kayuh...' hehehe thanks dik :)

    ReplyDelete
  6. dulu masa kami kecik2 agaknya mcm ni la mak n abah susun jadual harian.. tp ibu2 di malaysia mmg terbaikkkk

    ReplyDelete
  7. suka part : "tengok keje sekolah amirul." salunye ibu2 yg xde bibik susah nk buat bnda ni sb bz setelkan keje lain. tapi akak tak tinggal bnda tu.. thumbs uplah! "ibu terbaeeekkk!!" (sila lompat bintang) hehe..

    ReplyDelete
  8. yee...akk mmg ibu terbaek...

    ReplyDelete
  9. saya 6 bual dah tak berbibik..

    penat tahap gaban
    dah ok dah ..

    ReplyDelete