11.10.11

Menghitung Hari

Tak sabar nak tunggu hujung minggu nih. 2nd gathering keluarga Williams Syndrome yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. InsyaAllah dalam enam keluarga akan hadir. Sebab kami semua ada yang dok sekitar KL, Putrajaya dan Shah Alam, maka kami decide nak buat gathering kat 'tengah2 jalan'. heheh mudah bagi dari Putrajaya nak datang. Mudah dari Shah Alam nak datang.

MidValley.

Itu jer lah yang paling sesuai setakat ini. En Kaki Pancing cakap, jangan cadang kat tempat yang orang tak tahu. Nanti nak cari jalan ni, belok jalan sana.... nanti ada yang tak nak datang.

Last week, saya dah recci kat MidValley. Almaklum dah bertahun tak pergi sana. Seingat saya, masa last saya pergi belum kawen lagi kot. Ni dah anak 3, baru nak jejak kaki kat sana. Saya confident, boleh drive sendiri gi sana. Dengan bangga saya kata pada En Kaki Pancing, saya tau jalan dia, macam nak pergi rumah boss. (Rumah boss  saya di Bangsar). Bangunan tu dah nampak tepi jalan.

huhhh bila saya tiba ke 'bangunan tu' yang saya katakan sebenenarnya bukan Midvalley, tapi KL Sentral. Ngalabah puyoh saya drive kereta. Main hentam jer, pusing kat 'Little India', belok kiri, terus, susur kiri, terus masuk parking.

Susah jugak nak cari parking.  Bila dah dapat parking, saya naik atas.. huhhhuuuu ada tulis 'The Gardens'. alamakkkk... kat mana pulak nih?... saya nekad, kalau MidValley jarak 500 meter dari The Gardens, pun saya sanggup jalan kaki.

Saya gagau HP dalam hanbag.

'Kak, saya kat The Gardens, nak pergi Midvalley, camner ek?' sms saya kepada seorang kawan.

'Kat situ juga tempatnye, sebelah'. balas dia ringkas.

Fuh lega.  Saya masuk dua-tiga tempat restoran di MidValley semuanya tak mau terima group dining in. Sebab alasan mereka, weekend penuh. ishhh... bukannya kami tak bayar, bayar ni. Tapi mmg mereka tak mao. Syukur setelah ke hulu-hilir mancari tempat, ada satu jer yang terima group dining in. Saya pun dah amik menu bawak balik umah. Nanti nak tag menu dalam FB.

Kami mungkin nak celebrate sekali birthday Shafiqah (11 tahun, WS) pada gathering nanti. Birthday dia sepatutnya pada 24 Okt.  Saya mmg excited, semenjak buat gathering yang pertama, dapat kumpul 3 keluarga (termasuk kami). Untuk 2nd gathering ni, dalam 6 keluarga akan datang. 

Bagi mereka yang menjadi follower/silent reader blog ini, pasti tahu pengalaman sukar saya mencari keluarga yang mempunyai anak-anak WS ni. Alhamdulillah, pencarian selama ini berhasil. Mana tau, satu hari nanti WS turut dikenali umum sepertimana Down  Syndrome dan Autism di Malaysia.

Doakan kami yer kawan-kawan. Doakan agar semunya berjalan lancar. Amin.


Menu yang saya akan order waktu gathering nanti. Nyum..nyum...

6 comments:

  1. amin.
    semoga segalanya berkekalan dan berpanjangan..
    jgn lupa share citer yer..

    ReplyDelete
  2. aminnn..

    nak tgk gambar2 gathering nanti tau :)

    ReplyDelete
  3. SM: thanks atas doa. Amin. InsyaAllah

    DrHanie: Saya akan tanya family diorg dulu, kalau ok release gambar2, saya share nanti. Kalau ada yang tak selesa, saya akan letak gambar kami ank beranak jer nanti. Yg penting semua happy :) thanks :)

    ReplyDelete
  4. Kak Ayin, nanti kan bila Aida balik Malaysia next year boleh la jumpa akak dan anak-anak akak. And I really wanted to see Iman. I hope he's doing great. And the others too. Moga Amirul dengan Arman sihat sihat semua. =)

    ReplyDelete
  5. aminnnn. moga moga segalanya bjalan lancar. ;)

    p/s: fuhhh, terliur saya pagi2 tgk menu tuh. ;)

    ReplyDelete
  6. Aida: buleh, buleh, nanti kita jumpa.. thanks dik

    Cekkeya: Thanks dik. berdebar nih... hehhe

    ReplyDelete