4.10.11

My Sister's Keeper





Secara peribadi, ini adalah filem terbaik yang dilakonkan oleh Cameron Diaz.  Dia yang sering dikenali dengan pelakon komedi, kali ini berjaya membawa watak (Sara) seorang ibu yang sungguh overprotective terhadap salah seorang anaknya (Kate) yang mengidap kanser.




Filem ini sungguh di dekat di hati saya. Dua kali menonton, dua kali juga lah air mata menjurai-jurai jatuh. Ya, ramai yang tidak tahu, penyakit kanser bukan sajaha memberi kesan kepada pesakit, malahan memberi kesan kepada seisi keluarga. Saya faham dan menghayati filem ini memandangkan arwah mama (MIL) meninggal dunia pada awal tahun ini kerana kanser.  Bukan itu sahaja faktor yang membuatkan hati begitu tersentuh. Filem ini akan menyedarkan kita bahawa kita akan buat segala yang termampu untuk mereka yang kita sayang. Tapi keputusan yang kita buat yang kita sangka terbaik, tidak juga yang terbaik buat semua.


Konflik antara suami dan isteri yang tidak sefahaman dan sependapat sehingga menimbulkan pergaduhan.  Memang org kata, dalam keadaan kesedihan dan kemurungan, suami dan isteri kena bersatu, namun dalam sesetengah keadaan itu tidak berlaku.



Filem ini juga mengingatkan saya betapa beruntungnya mempunyai adik beradik yang rapat dan saling menyayangi. Dan menghargai mereka sementara ada. Dan filem ini menyedarkan saya, perhatian tetap harus diberi kepada setiap anak, walaupun ada yang lain lebih memerlukan.

Filem yang  digarap begitu baik bagi menimbulkan  kesedaran mengenai penyakit dan pesakit kanser (cancer awareness). Jika anda merancang untuk menonton filem ini, sila sediakan sekotak tisu di sisi.


Bulan ini adalah bulan Breast Cancer Awareness.

Mari kita lihat Cancer Ribbon Colors yang lain.


Untuk lebih jelas sila klik sini Cancer Awareness Ribbon Colors.
Dipetik dari F.A.C.E.S Cancer Foundation.

7 comments:

  1. x pernah tgk lg cerita ni, tp dah pernah baca buku dia. author dia, jodi picoult mmg byk kupas isu2 yg 'kelabu' (bkn hitam bkn putih, susah nak pasti mana boundary benar dan salah) mcm ni dan hal ehwal kekeluargaan. kalo saya dpt cari cerita ni nak tgk jg. suka cameron diaz :)

    ReplyDelete
  2. aku salute diza berlakon citer ni sbb dlm oprah dia sendiri ckp,sbb ade kesedaran la dia aik watak.
    klu diikutkan..
    dia tu jenis gila2..

    ReplyDelete
  3. Tak penahnya tak nangis tiap kali tengok citer nih..baca novelnya pun air mata meleleh...terbaeekk !!!! (walaupun versi movie dan novel ending berbeza). Highly recommended..:)

    ReplyDelete
  4. kat wayang ker, kat astro?

    ReplyDelete
  5. saya ni jenis suka menumpahkan air mata masa tgk movie. jadi citer ni saya kene tengok. nanti nak cari dvd atau donlod.

    ReplyDelete
  6. Oyis: akak tak pernha baca novel jodi picoult lagi. Ada baca review kata ending tak sama.. tp sure sodih gakkk

    Sidratul: dia berbakat. dalam filem ni pun dia botal pun comel gak

    KLMari: Yup! Highly recommended

    DRhanie: tengah tayang kat astro skrg

    GB: kena tangok GB... sure nangis

    ReplyDelete
  7. movie ni no doubt mmg best. syahdu sgt time tengok.huu.. teringat masa sekolah dulu, time breast cancer awareness saya pinkan pink ribbon di tudung sampaikn ketua pengawas dn cg2 tegur. tapi bila saya ckp sy cuma support breast cancer awareness, diorang paham dan bagi saya pki sepanjang bulan.hehe.. :)

    ReplyDelete