22.3.12

lama tak update?

Ada yang hantar di FB.. dia tanya 'Lama tak update blog. Kenapa?'

hahha mahu sahaja saya menjawab 'maaf, emosi tidak menentu'. Yer, betul soalannya. Lama betul saya tidak update blog. Bersarang. Kalau sarang labah-labah, mungkin dari seekor, dan menjadi satu keluarga bersarang di blog ini.

Syukur. Segalanya berjalan lancar. Saya menghitung hari. Tak sabar rasanya. Dalam masa yang sama sedih jugak. Sayang. Mana tak sayang? 10 tahun. Tu tak masuk bab cerita yang sebelum 10 tahun itu.
Mungkin disebabkan emosi yang bercampur baur itu yang membuatkan saya kurang mood untuk berblog. Sesekali tinjau blog kawan-kawan.

Yang berkeluarga- Ohhhh dia tu yang bertambah anaknya.
Yang berniaga- Ohh dia tu bertambah produknya.
Yang suka masak-Ohhh dia tu dah bertambah resepinya...
Yang bujang- dikkk, bila akak nak terima kad jemputan ni? heheh sabar yer sayang.. pilih kena betul, bukan boleh pilih tangkap muat.

Banyak yang hendak diceritakan. Banyak gambar yang hendak diuploadkan. Tapi kenapa ntah jari jemari ni macam berat jer nak menaip. Bukan blog ini sahaja. Blog saya yang lagi satu itu pun, lagi lama tak update. adoiii..... rasa lemas. rasa tersekat nafas ini.

Berat jugak nak komen pasal keadaan semasa. Kes culik, bunuh, kes nak kena bagi bibik RM700 sebulan.. mual, macam nak muntah rasanya. belum lagi  masuk cerita merancang penculikan diri sendiri bersama boyfriend. Di pejabat, kawan-kawan kata (emmm termasuk saya jugak sebenarnya) 'tampar aja budak itu'. Geram. Nasib baik tak jadi apa2 pada adiknya yang dua orang itu. Buatnyer dia berdua beriya-iyer kejar kakaknya, kesudahannya mereka tersepit diseret atau dilanggar kereta. ohhh emo sngguh saya. Sampai berimiginasikan macam itu. Tapi tidak mustahil berlaku kan?

Kengkadang kita terjumpa kawan lama. Ni pun satu hal juga. Jenis kawan yang kita kategorikan kalau boleh tak nak jumpa. Tahukan jenis 'kawan' yang macam itu? Tetiba rasa meremang bulu roma. aikk? 'alamakkkk.... dia tau pulak pasal aku.. garuk kepala. Macam mana dia tahu?' yer, mungkin satu soalan bodoh yang tidak perlu ditanya kepada diri sendiri. FB? aku tak add dia pown. Tiba masanya hantuk kepala di dinding. blog....

Kawan-kawan pernah google nama sendiri? En Kaki Pancing minta saya google nama sendiri. Kelakar pulak rasannya. Yer kita bukan artis atau ahli politik. Cuma lah buat. Cuba tengok apa yang dikaitkan dengan nama sendiri. Saya dah buat lepas En Kaki Pancing suruh. Lepas itu saya senyum-senyum sendiri.  'ehh, betul lah awak', kata saya kepada En Kaki Pancing.

Anak-anak sihat. Iman bertambah baik. Last week ada jumpa doktor pakar. Saluran jantung yang sempit itu dah bertambah saiznya. Bertambah besar. Kandungan kalsium dalam darah, ok (berada dalam peratusan yang sepatutnya). Syukur, hati saya berbunga. Tak perlu jumpa pakar jantung kerap-kerap lagi. Tak perlu tukar diet Iman lagi. Saya cukup suka doktor itu. walaupun tak pernah jumpa. Dan saya punya style sebenarnya. Saya tak suka jumpa doktor yang lain-lain. Sebab nanti  saya asik nak cerita bender yang sama. Penat tau. Tapi doktor yang ini dia baca/kaji file Iman. Jadi tak perlu saya nak cerita pasal Williams Syndrome. Dia dah tahu. Dia panggil Iman 'Happy Face'. Itu membuatkan saya happy.  Saya tanya dia lagi banyak dari dia tanya saya. Dia jawab dengan jawapan yang memuaskan hati saya. Saya minta dia chek itu ini. Besar pahala doktor tu. Kebiasaannya, doktor-doktor lain ada, seorang dua datang menjengah jumpa Iman. Sebab jarang-jarang jumpa  Williams Syndrome.  Mungkin Iman sahaja  kes Williams Syndrome yang mereka pernah dan akan jumpa sepanjang mereka bergelar doktor. Yer, ada kebarangkalian juga macam itu.

Amirul dapat keputusan periksa yang tak memuaskan. Selalu kita dengar mak-mak cerita di FB dan blog, anak-anak mereka dapat keputusan periksa yang cemerlang. Kontra dengan saya.  Keputusan periksa amirul tak cemerlang. Saya jadi pening kepala. En Kaki Pancing relaks sahaja. Air mata Amirul meleleh-leleh lepas dia bagi kertas periksa dia. aikkk?... dah nangis, belum kena marah, pun dah nangis. Sekarang ni, malam-malam dia kena buat latihan. Malam-malam dia kena baca buku cerita English.

Arman. Seperti yang dah diduga. Teacher dia dah start inform saya, Arman nakal dalam kelas. Dia sepah-sepahkan buku. Saya cakap dengan teacher dia. Kalau dia nakal, denda dia diri kat belakang kelas. Kalau nakal lagi rotan aje. hahaha... Teacher dia kata 'takut nak rotan'. Ayah saya dulu garang. Tali pinggang, rotan dan penangan tu memang rencah dia membesarkan kami. Alhamdulillah tali pinggang, rotan dan penangan itu lah yang membuatkan kami berempat menjadi insan berguna. Terima kasih ayah. Terima kasih ibu.

Saya tak pasti, adakah ini  the only post untuk bulan ini. Mungkin juga. Semoga jari jemari saya semakin ringan dan rajin untuk update blog lagi.

9 comments:

  1. rindu nak dgr khabaran terbaru kak ayin. apapon saya doakan semuanya sihat dan baik2 sahaja di hujung talian internet sana (sbb saya x nmpk) ;)

    ReplyDelete
  2. Thanks Oyis. Terima kasih kerana jadi tukang komen yang pertama.. hehehe mungkin juga yng 1st sekali baca entry time-time macam ni... kena bg hadiah nih hehe *hug*

    ReplyDelete
  3. fuhh..amekkaw. terus pjg berjela entry kali ni utk cover kehilangan yg lama tu. hehehe

    ReplyDelete
  4. saya pun rinduuuuu nak dgr kabar akak. ;)

    pepanjang bebenor postnye. terus kan rajinkan dirikan menuliskan di blog kan, selepas nih kan. hahaha ;)

    ReplyDelete
  5. tadi saya dah komen panjang2, tapi tup tup terus hilang. terus jadi tak mau tulis pepanjang, tapi panjang jugak jadinya. ;) *abaikan komen nih*

    rinduuuuunya nak baca blog akak! :)

    ReplyDelete
  6. Isabelle: hehehe tu yg jadi panjang tuh

    Cekkeya: rindu awak gakkk *hug*

    ReplyDelete
  7. salam kak, ada lg x gathering ni?
    nk join la..anak saya tgh tggu result FISH utk confirm WS

    ReplyDelete
  8. dik, kami plan nak buat bulan mei nih. Nnati tolong emial kat akak yer nama, no contact. nanti akak inform bila dah set time n lokasi. atay boleh hantar message ke FB, Jessie Khoo. nanti dia invite join group.

    thanks yer... hehe tak sabar nak jumpa

    ReplyDelete
  9. teringat masa sy kecik, ayah sy cakap dengan cikgu. Saya tak kisah anak saya tak pandai sangat cikgu, yang penting jadi orang...Huhuhu....benar sungguh kata ayah saya kak. Memangla keputusan ujian penting, tapi jiwa anak-anak lagi penting. Saya tabik spring sbb akk berani ambik keputusan besar kak....

    ReplyDelete