18.4.12

Membazir yang sangat bagus sekali

Selalu kita dengar jangan membazir. Membazir itu amalan syaiton.
Tapi ini memang saya nak ajak awak membazir. Jangan pulak awak cakap saya kawan si syaiton.

Dari kecik, ibu saya ajar makan jangan membazir. Kena habiskan naik dan lauk. Kalau waktu malam, kena pastikan apa di periuk semuanya licin. Menjadi satu amalan, ibu akan bahagikan lauk2 kepada kami empat orang adik beradik. kalau kuih pun macam tu. Walaupun adakalanya tekak macam dah tak nak telan.

En Kaki Pancing lain pula prinsipnya. Kalau tak abis, tak per. Boleh buang. Selalu saya akan tanya dia, 'Buang ke awak?', Dia jawab ringkas, 'Iyer, buangkan'. Saya dah terkebiasaan akan makan sikit demi sikit lauk mana yang tersisa sampai habis.

Semalam saya cuba menyarung semula baju kurung purple yang saya pakai di pagi raya. SANGKUT!!!!! di bahagian bahagian tertentu. Cehhhh!!! Bila nak zip saya tarik napas. Nak tukar baju rasa dah tak sempat, pejabat pendaftaran dah call tanya datang atau tidak untuk buat kad pengenalan. haiiyahhhh.... saya gagahkan jugak pakai baju purple saya. Saya test-test duduk. Adakah nampak babat yang tersembul di kiri dan kanan pinggang?.. ehemmm... cuba tarik napas lagi. Lepas kan perlahan-lahan. Saya buget, tak kan ada yang perasan waktu saya amik gambar nanti.

Itu lah, bermula pada malam ini, saya akan membazir kalau ada terlebih lauk atas meja. Saya yakin itulah penyebabnya ramai ibu-ibu di rumah bertambah berat badan. Saya harap saya dapat menyarung baju purple saya semula.

Sejak kebelangan ini, jiwa saya bertambah tenang. Dah tak kusut lagi. Dah terang dan jelas. Jadi selera makan saya bertambah (heheh tu yang bertambah lebar sebenarnya). Dulu, waktu makan pagi (kami panggil 'stand easy'), saya jarang sekali makan dengan kawan-kawan. Saya selalunya bungkus dan makan depan komputer sambil menaip. Waktu rehat tegah hari menaip lagi.

Sekarang, setiap kali stand easy, saya lah yang akan bbm kengkawan ajak turun makan. Baru saya tahu betapa bestnya, dapat bergossip dengan kawan-kawan lain department. Bertanya apa-apa perkembangan yang sepatutnya. Mengusik, mengutuk, sesama sendiri. Terasa hilang tensyen sekejap.  Yang pasti, saya akan rindu mereka semua.

3 comments:

  1. ayin

    dah resign ke??

    lama senyap blog nih...

    ReplyDelete
  2. Lyn, bersara bukan resign... Ayin dalam proses le ni :)

    ReplyDelete
  3. betul.. ada sesetengah baju tu dah tak muat untuk diperagakan.. oh.. terasa sungguh badan dah mengembang tapi moga dengan arahan berpantang 44 hari nanti dapat dipergunakan dengan sebaiknya..

    ReplyDelete