23.5.12

Cara membalut hadiah yang mudah dan comey

Saya suka balut hadiah. Kalau beli hadiah kat kedai, kalau pekerja kedai balut hadiah tak kemas, memang saya rimas. Ada beberapa kali jugak, sampai saya kata "tak pe dik, biar akak buat'. Saya pun berdiri di belakang kaunter dan terus balut hadiah.

Kali ini saya nak berkongsi cara membalut hadia yang mudah, tapi comey. Comey pada pandangan mata saya lah yer.. hehheeh

Kalau nak balaut hadiah, barang-barang yang perlu ada:
a.Hadiah.. haha, ini sudah tentu lah kan
b.Pembalut dua alam (corak lain di kedua2 bahagian)
c. Selotep
d.Gunting

Cara membalut bermula begini:


Potong kertas pembalut mengikut saiz hadiah.



Pastikan bahagian tepi tidak terlalu besar, cukup sekadar kalau dilipat boleh bertindih atas dan bawah.


Bawa bahagian hujung pembalut hadiah menutupi keseluruhan hadiah. Biarkan lebihan kertas hadiah, jangan potong.



Lipat bahagian lebihan pembalut hadiah ke atas.



Lipat bahagian sisi hadiah dengan kemas. Dan ulang langkah yang sama di bahagian satu lagi.


Dah siap. Senang kan?


Hadiah untuk cikgu-cikgu Amirul dan Arman sempena Sambutan Hari Guru pada esok dan lusa.


Amirul tak sabar nak bawak hadiah ke sekolah :)

10 comments:

  1. comel.. comel..
    tak pernah pulak jumpa wrapper yg depan lain belakang lain
    (jarang balut hadiah sebenarnya.. hihi)

    ReplyDelete
  2. kewl..
    tak pernh terpikir nak lipat mcm tu..

    ReplyDelete
  3. wah.. pasni boleh cari pembalut yang 2 in 1 ni.. simple tapi memberi impak yang menarik dari segi balutannya..

    psstt: bolehler ai guna cara ni untuk hadiah kahwin member nanti..

    ReplyDelete
  4. Dr Hani: yer ke? maybe sebab saya suka kraf tu yg tau nak cari kat ne. Yg ni saya beli kat Jaya Jusco jer.
    Sidratul Muntaha: hehehe lepas ni boleh try cuba yer
    Aizamia: heheh boleh, boleh. pembalut jenis 2 pattern ni harge dia RM2.50 sehelai.

    ReplyDelete
  5. waaa..thank akak..cari totarial balut haduh..n i found yr blog...nk balut cantek2 bg si cinta..kihkihkih

    ReplyDelete
  6. tumpang tanye...assalamualaikum...kalau hadiah tu bulat macam mane?

    ReplyDelete
  7. Thanks so much Stazare dan Anon. Nanti saya buat tutorial lain pulak yer.

    ReplyDelete
  8. woah.. nanti bolehla guna teknik mcmnie.

    myT.com.my

    (RM 10 Tshirt printing)

    i'm myT fan :)

    ReplyDelete