22.5.12

Lebih kecik dari sekangkang kera

Tanah sekangkang kera. Maknanya tanah dia kecik lah kan. Tapi yg duduk 'rumah atas ni macam mana pulak?  Jangan kata kangkang kera, kangkang semut pun tidak.

Tapi itu tak mematahkan semangat saya untuk bercucuk tanam. Masa zaman saya kerja dulu, saya tak ambil kisah sangat pasal balkoni saya. Balkoni hanya tempat saya menyidai baju. Dan tempat En Kaki Pancing isap rokok.


Keadaan balkoni saya suatu ketika dulu


hahaha, comot kan? kalau Erik Leong datang sure dia membebel habis. Pastu, bila dah jadi surirumah ni, kena  rajin-rajin hias. Idak lah sehebat Erik Leong. Saya cuma hias ala kadar aje. Bila bab hias2 ni, apa yang saya hendak ialah tidak berbelanja besar, praktikal dan ada ROI (return of investment).



Ini lah dia,  taman mini herba di balkoni


ada pokok cili, daun kesum, thai basil, lemon balm, lavandula (lavender), oregano, pegaga bulat.


close up sikit kat lavandula dan oregano



yang ni bukan herba yer kengkawan. Pokok bunga, macam morning glory. Bila kena  cahaya matahari jer, dia kembang beramai-ramai. Masa beli tak banyak bunga macam ni.


Ini dia 'tanah sekangkang kera' yang saya usahakan dari balkoni.


Pokok-pokok herba ni saya beli kat Cold Storage Wangsa Walk. Uncle tu sampai dah kenal saya. Uncle kata nak pindah ke Subang lepas ni. Dalam 3 bulan lagi dia datang balik.  Saya dah order kat uncle tu pokok herba rosemary dan cerry tomato.


Bila dah bercucuk tanam herba ni, bila masak tiap-tiap hari macam seronok sikit, main petik2 je kat luar. Macam Jamie Oliver jer... Ni nak kongsi homemade pizza with extra toping. siap letak daun oregano, segar dari ladang ngegegege

Bahan-bahan:

Roti pita
Parmesan cheese
Chedar cheese
Oregano segar
Tomato
Sosej
Keingan isi ayam
Black pepper

Cara:
Susun semua bahan atas roti pita berselang seli dan tabutkan parmesan cheese dan oregano di atas. bakar dalam oven 150 C selama 15-20 minit. bergantung pada jenis oven.

 






Bon appetit!

9 comments:

  1. wahhhh jelesnyeee.. ini yang wat semangat ni!!!

    ReplyDelete
  2. heheh... ala rumah ada tanah, lagi seronok bercucuk tanam hehhe

    ReplyDelete
  3. bersemangat ai tengok tapi bila ai tengok belakang umah ai.. hurm.. rasanya lalang lagi banyak, tuan punya tanah sibuk gamaknya.. tapi takpe.. lepas pantang ni akan kukerjakan belakang umahku itu..

    ReplyDelete
  4. wow, dah membuahkan hasil, bagus nya!

    ReplyDelete
  5. Aizamia: hehheh mula2 nak mula mmg susah, tp kalau dah mula nanti dah tak boleh berenti asik nak beli anak pokok jer .. nak pulak ada tanah, fuhh, lagi galak nanti... selamat bercucuk tanam :)

    Oyis: hehehe cili2 akak pun dah start bertukar merah tau... hehe excited ni..

    ReplyDelete
  6. letak buai kecik pon best kan kat situ..
    atau pangkin..

    selamat bercucuk tanam!!

    ReplyDelete
  7. DrSinga, hehhehe.. mmg macam nak letak pangkin, tapi space kecik sangat. nanti nak letak satu kerusi jer situ

    ReplyDelete
  8. bagi la resipi pizza tu!

    btw, morning glory tu santekkkk!

    ReplyDelete
  9. cantiknyaaaa!!! i pun baru tgk pikir2 nak start buat mini herbs garden kat balcony. Tp tu lah mcm xdak space ja dah ni. Herbs tu semua camna penjagaan eh? Perlu direct sunlight ka camana? water once a day?

    ReplyDelete