25.5.12

Mari semak points kad kredit

Saya tak pernah semak pun. Tapi semalam, kami ke Senheng. Bila semak, WOW!! ada banyak points. Boleh tukar dengan barang elektrik. Kami pun meninjau-ninjau barangan yang boleh ditukar dengan points. Barangan ni selalunya tak sama, bertukar-tukar setiap bulan. Kira nasib lah yer.

Tapi semalam memang kami bernasib baik. Dengan points yang saya ada, saya dapat sebuah oven dan sebuah stand mixer.Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh PERCUMA lagi..... memang saya GUMBIRA. Macam nak melompat2.

Balik saya rumah, En Kaki Pancing terus buang oven lama saya. Saya tak sempat nak megucapkan "bye dan terima kasih' pada oven tua itu. Banyak jasa kepada kami keluarga. Walaupun suiz masa dia dah rosak, masih  boleh pakai lagi. Selalu saya akan budget masa sendiri.

Ini nak kongsi ayam panggang yang saya buat guna oven lama. Saya simpan gambar sebagai kenangan.


Dada ayam (boneless chicken) diperap bersama rempah2. saya tak de spesifik rempah yang hendak di letak. Saya letak apa yang ada kat dapur. Jintan (ditumbuk), kunyit serbuk, madu, gula, garam. Tak de sukatan pun. main campurkan kesemua bahan. Perap ayam. Lagi lama lagi bagus, kalau tak sempat, paling tidak setengah jam.



Masukkan ayam dalam oven. Alas tray dengan aluminium foil bagi mengelakkan melelat pada tray. Ohh yer, lupa plak. gaul juga ayam bersama minyak zaitun sedikit.


Bakar dengan menu oven panas atas bawah, 30-35 minit. Jangan lama sangat sebab nanti kalau terlalu lama, ayam akan jadi terlebih masak, kering dan keras kejung.



Ayam panggang sedap makan dengan nasik. Tpi kami buat kebab. Roti pita, salad sayur,  thousand island dressing, mayo dan cili sos. Yum! Yum!

5 comments:

  1. lepas ni tepek gambar hasil masakan dgn oven baru pulak ya..:)

    ReplyDelete
  2. terliur saya kakkkk! :)

    p/s: wah bestnyaaaaa dapat free oven n mixer.!!! :)

    ReplyDelete
  3. DaddyZ: heheh buleh, inysAllah..

    Aizamia: Syukur

    Cekkeya: best kan.. makin bersemangat akak tengok2 resepi2 kat tenet nih.. hehhe

    ReplyDelete
  4. hehehe nnt upload gmba2 bercuti di sabah bah hehe

    ReplyDelete