15.5.12

Menu ohh menu

yeayyy!!! baru ada masa sikit, ni curi-curi buat entry. Dulu, bila ibu saya kata kerja suri rumah sibuk 24jam, saya tahu, tapi sebenarnya saya tak paham.

SEKARANG, baru saya paham, dan saya menghayati kesibukkan itu. Kemas rumah, basuh baju, sidai baju, masak, jadi supir anak sekolah, masak balik, kemas, lipat baju. Dulu anak2 sepah rumah, saya buat tak kisah sebab badan penat balik kerja. Sekarang, bila anak-anak buat sepah, cepat pulak saya jadi sensitif.. (aummm..... singa sudah keluar, hahaha)

Minggu lepas, saya ada buat jadual makan untuk seminggu, makan tengah hari dan makan malam. Tapi tak 'jalan' pun jadual makan tu sebab anak2 nak makan lain, En Kaki Pancing nak makan lain. Jadi setiap malam, saya kena tanya apa menu untuk esok. Dah jadi warung plak.  Maka, beberapa hari ulang-alik memberi barang basah. En Kaki Pancing tak suka makan nasik waktu malam. Jadi untuk makan tengah hari, saya masak kuantiti sikit, sebab petang dah kena masak lain untuk dinner.

Minggu ini, saya menjadi lebih bijak. Saya dah bagi cadangan menu untuk seminggu. Lepas dengar 'OK' jer... yahooo... saya tampal jadual makan di peti ais. Semalam, saya terus membeli barangan untuk seminggu.

Kebaikan jadual makan:

~ Lebih jimat masa, tak payah ulang-alik ke kedai/pasar.
~ Mengurangkan pening kepala.. tak payah  nak melalui proses minda 'apa nak masak esok ekkk'
~ Boleh budget kos perbelanjaan/catuan untuk seminggu.

Nak kongsi menu kami hari ini:

Brekpas: Roti bakar
T/hari: nasik putih, sambal udang, ikan goreng, kobis goreng.
Malam: Mee rebus Chinese style

perghh.... gempak kan.... Ini lah bestnye jadi suri rumah. ngehhehehee...

7 comments:

  1. Betul tu, kalau kita rancang nak makan apa , let say for a week, ia jimatkan masa(utk berfikir brainstrom nak masak apa) + cost effective. Saya & wife buat benda ni..

    ReplyDelete
  2. lebih mudah beli barang untuk stok seminggu, kalau beli hari2 pening gak kepala.. betullah kak.. kalau dok rumah sepenuh masa ada je kerja nak buat, 24 jam sentiasa sibuk..

    psstt: menu tu sedaplah.. ;)

    ReplyDelete
  3. tak penah terpikir plak nak wat menu tuk seminggu..bernas idea ni..selalu kalo nak masak mst jenuh pikir apa la nak masak hari ni..

    ReplyDelete
  4. DaddyZ: hehehe betul. kalau nak tukar selera pun, tukar2 menu ajer yg ada dlm seminggu.

    Aizamia: hehhe nak blog walk pun tak de masa tau

    Lily: heheh better buat.. jimat masa, jimat duit.

    ReplyDelete
  5. hehehe.. betul betul betul...

    ReplyDelete
  6. dengan kerja rumah yang tak pernah sudah, lappy pun hanya mampu dijeling walau keinginan nak BW tu ada.. ;)

    ReplyDelete
  7. Norf: nama baru ek? heheh... tak pe, faham.,. thanks for coming back here :)

    Aizamia: tu lah kan... tak pernah abis kerja.

    ReplyDelete