2.5.12

my life as a housewife begins today

Syukur, segalanya berjalan lancar. Cuti persaraan saya bermula hari ini. Bermakna hari jugalah saya bergelar seorang suri rumah. Ada beberapa lagi urusan persaraan yang masih belum selesai. Bermula cuti ini saya akan buat satu persatu, tidak perlu lagi terkejar-kejar.

Awal-awal pagi saya dah tercongok di  depan pintu Carrefour. Baru saya tahu, Carrefour buka pukul 9.30 pagi. Panggilan telefon dari kawan, Ija 'ko tak pergi ke pemakaian pangkat pegawai ?'.. jawab saya 'alahaiii.... ni tengah beli barang dapur, aku kan suri rumah bermula hari ni'....

Saya mengangankan sebarisan resolusi. Resolusi sebagai suri rumah. Rasa kelakar pulak. Tak mau tulis panjang-panjang, nanti ada yang menyapa, 'aiii... kata nak buat itu, nak buat ini. mana nyer??'

Resolusi saya sebagai suri rumah:

a. Dapatkan tarikh semua temu janji pakar dan sessi terapi Iman dan pastikan hadir semuanya.

b. Daftar Iman di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kad OKU dia.

c. Kemas dan susun (re-organise) barang-barang dalam rumah ni.

d. Masak menu baru, cepat dan berkhasiat.

e. Buat  'My DIY Home Decorating Projects' dan kraf sebagai sessi terapi diri.

f. Baca buku sekurang-kurangnya sebuah dalam tempoh 2 bulan.


Ok, ok, cukup. dah banyak sangat dah ni. Semoga Allah permudahkan semua urusan.

12 comments:

  1. rasa lebih bebas bila tak terikat dengan masa.. ;)

    ai pun 'bersara' sekejap.. lepas 3 bulan baru kerja balik.. eeemmm..

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah permudahkan urusan semuanya.
    selamat bersara..ehehehe

    ReplyDelete
  3. bersara teurs ke unpaid leave akak?..apa2 pun moga semuanya berjalan dgn lancar..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah,smg pengorbanan kali ini berbaloi2 utk awak & famili.take care

    ReplyDelete
  5. Kak Ayin! How's iman, and his other two brothers? hehe.
    seronok diaorang boleh tengok muka Ibu hari hari. ;)
    InshaAllah, Allah permudahkan urusan akak, dan sihat sihat semua hero akak.
    You're a great mum! An inspiration for others, I'm sure of that! :)

    ReplyDelete
  6. Aida: sihat-sihat diorg thanks dik.

    Lynn: Thanks, InsyaAllah.

    LilY: bersara, unpaid kang, mana lak akak nak cekau duit bayar kete .. hehhehe

    DaddyZ: huhuuu finally kan? thanks yer

    Aizamia: tak dapek lah nak bersara 3 bulan tu, hehehhe lain hal nanti...

    ReplyDelete
  7. salam ayin... dah bersara ke?
    takper2.. welcome to housewife life :)
    sori lama tak menjenguk sini.. i was away ..

    ReplyDelete
  8. Effa: heheh thanks, meramaikan wives kat KK nanti
    :)

    ReplyDelete
  9. updatelah kisah terkini.. apa jadi selepas bersara.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe nanti kita curik2 masa... thanks aizamia *hug*

      Delete
  10. salam kak...xtau la saya mampu ke tak utk buat mcm akak.-saadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab bidang kerja akak selalu sibuk, kalau tak, akak stay kerja lagi. :) InsyaAllah... kita support each other, k.

      Delete