18.10.12

Cinta Hati dia

Arman ada minat ngan sorang girl kat sekolah dia. Sepanjang tahun ni, this particular girl je la yang dia kerap citer. Saya jugak pernah dikerah untuk tulis surat cinta. Saya layan je la, walaupun dalam hati macam nak gelak guling2.

Arman love (simbol) Mirza. itu je yang saya tulis kat surat cinta dia. Keesokan hari, surat cinta dia berbalas. Ada tulis, Mirza love Arman. Bawah nama Arman ada nama Aras. ikkkk, yang mana satu ni? Arman tak  paham, dia punya seronok bawak surat cinta dia balik rumah.

Ada sekali tu, dia nangis-nangis tak nak pergi sekolah. Bila tanya tak mau cakap, menagis jer kerjanya. Lama2 tu, saya pujuk dia saya tanya 'Mirza cakap apa semalam?'.. lagi kuat dia nangis, dia cakap 'Mirza dah tak cintakan Arman lagi'... huwaaa...... saya cakap dengan dia, tak mesti kita cinta orang tu, dia cinta kita balik. Dia diam. Entah dia paham ke entah tidak. Saya cakap esok ibu belikan hadiah, Arman bagi kat mana-mana girl, tapi kena bagi depan Mirza. Kalau Mirza minta hadiah tu, cakap dengan dia, awak tak cinta saya, jadi awak tak dapat!' huhuuuuu pandai jer saya mengajar anak saya bercinta kan....

Esok tu saya  belikan key chain angry birds, dia ikut cakap saya, ntah kepada girl mana ntah dia bagi kat sekolah. Balik tu saya tanya dia, 'Mirza cakap apa?'  Dia  tak balas, tapi mukanya monyok sahaja. Tak tau la apa yang berlaku kat sekolah.

Ada sekali, dia balik  sekolah happy giller, siap  nanyi-nyanyi.. ntah apa ntah mukanya berseri-seri. huhuu, ada lah tu. Malam itu, dia suruh saya potong rambut macam Mirza. Adooiiiii.... kemaruk apa, anak bujangku ini.

Last weekend, ada concert Smart Reader. Saya memang nak berjumpa dengan parents Mirza. Kebetulan mereka duduk di belakang barisan kami. Saya cakap terus terang aje yang Arman minat giller ngan anak dia. Diorang gelak aja. Kami banyak berborak, mrrmmm.... bukan berborak banyak mngutuk (kutuk-kutuk gurau) mereka-meraka yang datang berbaju ikut tema.. ada macam aladin, ada macam firaun.. yer la dah tema padang pasir. Kami tak pakai ponnn baju ikut tema... huhhhuuu....  (dah lah tak support, kutuk org lagi, heppppp!)

Sehabis concert, kami amik gambar Arman dan Mirza berdua. eeieiiii... comeyyy betul lah diorg  ni. Sama jer snyuman dia tuh. Bila upload gambar di FB, ada yang menegur, mama Mirza juga berasal dari Port Dickson! hhheeeeeiiii... keciknyer dunia ni... huhhuuuu.... Kampung dia bersebelahan dengan kampung saya. :)



Malam tadi, Arman kata, Mirza bagi hadiah. Ada pengorek pensel dan riben dalam punjut hadiah tu. Arman minta saya ikat riben tu kat tangan dia malam tadi. Pagi ni bila nak pergi sekolah, dia ikat minta saya ikat lagi riben tu kat tangan dia.....

Romantissss betul kan Arman tu..... satu sifat yang bukan dia dapat dari En Kaki Pancing hehehehhe :p

6 comments:

  1. comel je entry ni.. ;)
    kita jadi seronok layan kerenah anak2.. ;)

    ReplyDelete
  2. Aizamia: huhuuuhhh tu lah kan, bila dia besar nanti, bagi baca entry ni... baru dia tau... hehhhee

    ReplyDelete
  3. cutenya...kalau tengok betul2 muka diorg berdua ni mcm seiras..terutama senyumannye...ada keserasian tu ayin...:)

    ReplyDelete
  4. hihihihi comelll...!!!

    auntie gb kene belajar jadik romantis dengan Arman rasanya nih. :D

    ReplyDelete
  5. hhuuuh tak per lah, auntie GB menuntut ngan ibu arman jer lahh hehhehehe

    ReplyDelete
  6. comelnya arman..dah mcm dalam drama pulak..they're so cute..

    ReplyDelete