18.10.12

Mendung pastikan berlalu

Itu yang kita harapkan selalu.

Berbulan lamanyer tak update blog. Terlalu banyak yang hendak dicerita, tetapi terlalu berat jari untuk manari.

Beberapa minggu sebelum puasa, kami dikejutkan dengan pemergian suami kepada salah seorang rakan kami. Saya tak berapa kenal suaminya, maksudnya tak pernah berborak bergurau, tapi kalau tengok muka, mungkin teringat pernah bertegur sapa atas urusan pejabat. Berita pemergian arwah yang terlibat dengan kemalangan pantas disebar kawan-kawan.

Pagi itu, ramai yang berkumpul di HKL, ada yang datang seawal pagi, almaklum susah benar nak mencari parking di sana. Setibanya saya di sana, mereka memaklumkan kawan saya telah balik di rumah untuk membuat persediaan. Saya berpatah balik terus ke rumahnya.

Setiba saya di sana, saya peluk dia tak terucap apa, tapi dia yang menyapa 'Puan sihat?' almaklum dah lama tak berjumpa kawan-kawan semenjak bercuti persaraan. Meruntuh hati mendengar katanya. Saya tanya 'awak macam mana?' sambil menahan titis-titis air mata turun ke pipi. Dia kata 'puan jangan start dulu, nanti saya nangis'.

Ya Allah, berat sungguh dugaan dia. Suami tersayang meninggalkan dirinya takkala anak pertama berusia 5 bulan dalam kandungan. Kadang-kadang saya rasa Allah dah duga saya cukup hebat, tapi sebenarnya ada  oarang yang lagi hebat dugaannya. Alfatihah kepada arwah, moga rohnya sentiasa tenang di sana. Amin.

Selang dua minggu dari kejadan itu, kami menerima berita gembira tentang kelahiran  salah seorang kawan kami di Lumut. Takala membaca bbm itu, terdetik dalam hati, 'esok jer la bbm tahniah kat mem'. Keesokan harinya  tersentak saya membaca perkembangan bayi tersebut di bb. Anak kecil itu meninggal dunia. Sayunya hati.

Beberapa minggu kemudian, kami dikejutkan lagi dengan berita lain. Kali ini salah seorang rakan kami berada dalam keaddan kritikal akibat pendarahan dalaman selepas bersalin menerusi pembedahan. . Bekalan darah A tidak cukup, sehinggakan hospital membuat pengumuman untuk mendapatkan bekalan darah dari orang ramai yang berada di hospital waktu itu. Ada juga kawan-kawan ang berdarah A datang ke hospital untuk menderma. Saya rasa sesak dada. Berat. Risau. Alhamdulillah dia selamat bersama baby girlnya yng cukup-cukup comeyyy. Saya ada terdengar doktor yang merawatnya di ICU bercakap 'umpama mati hidup semula'.

Sedang kami berseronok menghadiri open house, saya dimaklumkan tentang pemergian kawan saya di kampung. Melihat dia yang bertarung melawan kanser di saat akhir mengimbau ingatan saya kepada arwah mak mertua. Kawan saya itu, waktu sihatnya, cantik dan comel. Persis amy mastura. 'Kakak' panggilan dia di rumah. Sampai di saat ini, saya masih boleh terbayang gaya senyuman  dan celoteh kakak. Urusan pengkebumian kakak berjalan lancar, langit tidak mendung dan tidak panas waktu kami mengiringi jenazah di pusara. Suasana tenang tapi pilu menusuk-nusuk kalbu. Saya memeluk Mak Ngah dan ucap takziah. Mak Ngah adalah emak kakak. Mak Ngah tenang sahaja waktu itu. Air mata berjurai2 dikalangan ahli keluarga perempuan. Sesekali kami ditengur agar tidak menangis beriya. Sesudah selasai, saya pergi berjumpa kedua-dua anak bujang kakak. Saya tak tau nak cakap apa, dalam keadaan menahan tangis, saya teringat yang kecik akan mengambil UPSR keesokan harinya. Alfatihah buat kakak, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehan. Amin.

3 comments:

  1. berat sungguh dugaan yang mereka hadapi..
    moga mereka sabar dan tabah dalam mengharungi dugaan dariNYA itu..
    Itu hari mereka, kita tak tahu bila..

    'Mati itu pasti, hidup InsyaAllah..'


    psstt: salam kembali.. lama tak dengar cerita.. bila sekali bercerita banyak berita sedih yang dishare..

    ReplyDelete
  2. tu yg macam berat jer nak menulis... tp sekarang, akak akan kembali aktif. Thanks yer dik :)

    ReplyDelete
  3. welcome kak.. ;)
    sentiasa menunggu entry terbaru.. ;)

    ReplyDelete