21.10.12

Pandang atas :)

Ada projek besar ke? Dapat offer mana?

Itu antara soalan yang ditanya sebelum saya bersara dulu. 'ohh tidak, saja dok umah jaga anak-anak', balas saya ringkas.  Ada juga yang masih tidak percaya.

Nak duduk bandar ni, bila dengan sorang je yang bergaji, memang banyak yang akan dikorbankan. Sudah biaser dengan dua gaji Leftenan Komander, kini tinggal seorang sahaja. Ada yang tanya bolehke? Saya jawab,'kena bolehkan juga la'.

Tak ade lah lagi nak shopping henbeg2 branded. Kalau tak branded pun pikir dua kali kalau nak beli. Tak de lagi masa nak dibelai dimanja di spa. Beli apa yang dipikir perlu sahaja. Hutang piutang kereta dan rumah saya pula, Alhamdulillah dengan duit gratuti persaraan, untuk setahun dua ni, boleh lah dibayar seperti biasa.

Sebelum berenti saya ada banyak baca artikel untuk motivasi sebagai persediaan persaraan. Serius, benarlah apa yang seperti saya baca. Bosan. Perasaan itu akan datang menyelinap senyap2. Sebab kita dah biaser sibuk di pejabat, kengkadang pergi shooting, kengkadang pergi belayar, pergi fly ke oversea. Bila duduk rumah sampai ada masanya memang bosan. Sebab rutin yang sama. 24 jam, 7 hari seminggu.

Sekarang pandang atas.. hehhe bukan pandang atas kepala. Pandang atas, di page 'Triple Sprinkles'.  Itu lah hobi baru saya, baking dan cake decorating :) sambil isi masa lapang sambil menambah pendapatan isirumah. Projek home bakery kecil-kecilan.

Pernah dulu bos baru kat pejabat tanya saya nak buat apa selepas bersara. 'Nak jual kek, tuan', jawab saya. Berkerut kening dia. Macam tak percaya dia. Tak per la kan... Saya tak kecik hati ponnn....

Sebenarnya, bulan ni baru saya start amik order. Sebelum ini, buat untuk anak2, anak buah, sepupu je. Jom tengok antara hasil saya yang lepas-lepas:

 
Kengkawan, nanti tolong like FB page 'Triple Sprinkles' yer. Setiap satu like yang saya terima, berbunga-bunga hati saya :)  Terima kasih atas sokongan.  

Psttt... next month, saya akan buat cupcakes giveaway...yeayyy.. jom join!


 
 

10 comments:

  1. Ayin

    Awak beruntung sbb ada kemahiran lain yg blh jana incpme utk family selepas bersara.Saya tiada kemahiran apa pun kecuali ada otak yg berfikir dan saya amat minat mengajar dan beri motivasi.

    Saya ingin bersara awal ttpi belum cukup umur 40 (saya telah kerja kerajaan 10 thn)..Saya hidup berjauhan dgn family.

    Minta pandangan.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Asmawati: terima kasih singgah di blog saya. Yer, saya bersyukur Allah pinjamkan saya kemahiran ini. nak berenti kerja atau tidak, kena fikir dalam dalam, kena fikir habis2. sebab lepas ni apa pun keputusan kita, susah senang badan kita yang tanggung. Dari sebab kewangan mmg tak dapat dinafikan, akan berubah drastik, contoh dulu kalau nak shopping selalu gi jusco atau carrefour, sebab kalau amik bender2 tak sepatutnya, kita tak kisah.. sekarang balau bender tu tak de kat NSK (pasar borong), baru kami ke jusco atau carrefour. Kemahiran decorating ni pun kena usaha, saya pergi kelas baking, google cari tips cake decor, prastis-praktis, sampai saya puas hati baru upload kat FB dan blog. Tp apa2 pun tanya diri sendiri apa kita minat, sebab bila kta minat semua akan menjadi. pastu minta restu suami, ibu dan ayah, InsyaAllah. terima kasih datangke blog saya.

    ReplyDelete
  3. Akak, saya suka semangat akak...semoga berjaya...

    ReplyDelete
  4. cantikkkkk!

    saya macam profession wife saya sekarang..heheheh ...housewife + bisneswomen from home...ceburi bakery/cake/pastry juga...

    ReplyDelete
  5. Gula Kapas: thanks yer dik :) hugs dari jauh n muahhh

    DrSinga: yeayyyy.....dia datang... ten..ten..tenggg....

    DaddyZ: Terima kasih yer... hehehe....tumpang tanya, saya ni baru mula buzz... betul ke, bila wife buat buzz bakery ni, husband makin bulat? hikkkhikkk

    ReplyDelete
  6. cantiklah awak punye hasil keje tangan! sila tunjuk kat ex boss sekarang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehheheh, nanti akak dah buat kek rgupa kapal perang baru nak tunjuk kat dia :) hiikkhikk

      Delete
  7. chaiyok kak ayinnnn!

    Memang bosan jadi surirumah tanpa buat sesuatu yang kita suka. Tambahan lagi, Kak Ayin dulu SUPER karier woman, bukan calang2 boleh berada di tempat kak Ayin dulu :). But honestly, i really proud of you. Whatever reason utk akak bersara awal, tetap yang mendapat untung adalah - Anak-anak.

    Cakes akak nampak kemas dan cantik. Sure sedap. Dulu saya berjinak2 juga dalam baking and pastries ni. Saya ambil kursus juga. Cuma, sekarang sy stop dulu. Bukan bermaksud utk stop terus. Masa belum sesuai untuk saya. Mungkin saya juga belum sepenuhnya bersedia.

    GOOD LUCK kak ayin! :)

    ReplyDelete