7.11.12

Semuanya haram belaka!

Perkara ini cukup menarik bagi saya. Ini saya kongsikan di sini:


"Saya tidak berapa gemar orang yang mengharamkan sesuatu yang halal. Saya faham kerisauan kita, tapi kalau tak pasti minta tolong jangan sebut. Nutella mendapat sijil halal dari "Halal certification Authority Australia" dan saya yakin ianya halal, bukan logo halal Jakim saja yang SAH halal. Ingredients: VEGETABLE OIL, COCOA POWDER (cocoa is NOT animal) and LECITHIN (SOY) as in SOYA... I don't understand why people would say its NOT halal????

I trust Australia when they certify something. Because they really follow procedures and Australian aunthorities as far as I am concerned are honest people with values. Thank you."


Dipetik dari Wardina Saffiyah Official Page. Setelah 4 jam berlalu, statement ini telah mendapat 7,982 like dan 183 share dan 458 komen. Macam-macam lah yang tukang bagi komen. Haram lah sebab yang buat/kilang orang kafir. Ada plak yg kata nak halal cari logo JAKIM sahaja.

Komen dari saya pulak cemni:

"baru2 ni saya tengok youtube cara penyembelihan kambing di australia. Tukang sembelih dan pekerja ladang org Islam. sebelum dia sembelih dia bagi kambing minum air, pastu baca ayat2 Quran, kambing tu tunduk berserah dan rela disembelih. kalau kamping meronta, diorg tak sembelih sebab tanda belum bersedia bertemu dengan-Nya. Kat sini bila sembelih Qurban, lembu kambing meronta2 kita sembelih juga. Rasa kagum sangat dengan tukang sembelih, sebab dia yakin dengan Allah, ayat dia baca tu 'sampai' ke hati kambing"
 
Sungguh, amat terharu cara penyembelih tu melayan kambing2nya. Bagi kambing yang dah bersedia dan redha untuk disembelih, hanya perlu letak jari di kepala dan kambing terus tunduk. Bila tengok cara kita baut Qurban disni, saya rasa kasihan pulak tengok lembu dan kambing yang dipilih untuk korban. Kebanyakannya meronta-ronta, siap ikat kaki lagi.
 
Lagi satu yang memberi saya keinsafan ialah bila lihat tukang sembelih yang mat saleh rambut panjang, ala2 penyanyi rock, tapi bila bercakap dan membaca ayat2 Quran, kambing seolah2 faham apa yang disampaikan. Untuk entry akan datang saya akan bg link di youtube itu.
 
Kita ni lahir dalam kedaan Islam, buat mualaf yang betul2 masuk Islam kerana Allah dapat dilihat imannya.  Nasihat kepada diri sendiri dan kawan-kawan. Janganlah mudah nak mengkafirkan orang. Walaupun dia itu memang bukan Islam. Mungkin dengan hidayah Allah, dia mengucap dua kalimah shahadah bila terbit matahari esoh pagi.  Kita pula, tak tahu bila kita dijemput oleh-Nya.
 
 Bebalik pada isu halal haram produk kandungan luar negara. Sebagai seoarang 'baker', memang nak mandapatkan bahan2  tertentu macam cheese dengan cop halal JAKIM. Selalunya, bila membeli saya barang imported selalu tanya husband saya dulu. Bila tak shopping dengan dia, saya amik gambar dan bbm padanya.  Sebab dia dah 5 tahun duduk di France, dia tahu erti kandungan bahan2. Saya rasa begitu jugalah mereka yang pernah belajar, kerja di luar negara. Mesti mereka pun mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang sama.

Bagi saya, senang sahaja, bila nak beli barang baca kandungan betul2,  kalau tak sure, boleh tanya atau google. Kalau tak sedap hati atau yakin, jangan beli atau makan. Tapi kalau ada pilihan logo JAKIM, seeloknya pilihlah yang itu :)



 
 
 
 

8 comments:

  1. Saya dah lama gelak tgk mentaliti umat Islam di Malaysia ni. Yang halal, hanya cop halal JAKIM bagi mereka.

    Yang di geli/fobia/cukup anti, ialah anjing dan babi, dan arak.
    Tapi dalam masa yg sama, tak kisah dgn dosa mengumpat, makan rasuah dan makan harta orang secara zalim.

    Benar, kita lebih banyak belajar tentang cara hidup Islam dgn org Barat,walaupun mereka kafir. Saya tinggal di Australia dulu, dan tak malu saya akui, saya lebih suka tinggal di sana kalau nak cerita tentang aspek adab nya.

    ReplyDelete
  2. Satu lagi nak membebel ni ( hihihihi), kalau makanan import tu ada emulsifier ke tidak, sibuk umat Islam kita periksa, tapi tak pernah sibuk nak periksa makanan tu di beli guna wang syubhah ke tidak.

    ReplyDelete
  3. saya ada tgk video tu kat youtube, rasanya org yg sama sbb rambut dia pjg and gaya ala2 hippies kan? tp mmg betul2 kagum, sbb kambing tu kelihatan benar2 redha utk disembelih...

    ReplyDelete
  4. sangat setuju dgn pendapat akak..skang ni banyak sgt kes halal/haram yg di ambik mudah..

    ReplyDelete
  5. saya suka entry ni.. ;)
    kalau tak yakin tak usah beli.. tak payah nak berlagak pandai dok hentam orang sedangkan takdelah pandai mana.. (ini bagi mereka yang suka berlagak pandai sedangkan ilmu di dada taklah tinggi mana..)

    psstt: ai tak suka + tak mahu tengok haiwan disembelih.. :(

    ReplyDelete
  6. hmmm teringat citer butter Golden Churn, satu dah selamat kena buang sebab percaya kat dakwaan HARAM oleh JAKIM. Huhuhu. sekarang memang saya baca betul-betul bahan-bahan dan malas nak percaya bulat-bulat. Yang paling tak best, TABASCO haram....menci...mana sedap makan Pizza Hut takde TABASCO. Kat rumah saya redah jer...

    Lagi satu, mmg betul kak. Kita selalu terlebih-lebih mengikut apa orang kata. Saya sendiri selalu fail ingatkan diri supaya baca Quran - mintak petunjuk Allah untuk disenangkan faham isi kandungannya. Itula satu-satunya petunjuk yang Allah janji akan dipelihara sehingga ke akhir zaman....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Setuju dengan Ayin, apa yang halal apa yang haram dan stated d Kitab Suci Al Quran. Bukan Jakim dan Malaysia saya umat Islam, Islam kan ada diserata dunia, dan mereka pun nak makan yang halal juga. Ishk ishk ishk. Apa-apa pun knowledge mmg penting, untuk bantu kita pilih yang betul atau tidak betul. :)nak tgk kambing kena sembelih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.... terpulang pada diri masing-masing dear :)

      Delete