3.1.13

Penghujung dan permulaan yang baik

Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah.

Hujang bulan Disember yang lepas, pembedahan Iman berjalan dengan lancar. Rasa seram sejuk masuk ke wad yang sama, menatap muka prof-prof yang sama, cuma doktor-doktor yang berbeza masa iman operate dua tahun dulu. Tapi keyakinan dan keramahan mereka membuat jiwa ini tenang walupun dibaluti seribu kerisauan.

Iman ada macam bijik2 bawah kulit di kiri dan kanan leher. Bila google macam-macam keluar. Kami dah buat blood test, xtray, dan last sekali ambil sample kat tempat yang bijik2 tu. Sebab Iman ada isu dengan jantung dia,  biopsy  kena dibuat di OT. Kena prepare macam major operation. Kalau kanak-kanak normal, senang ajer ceritanya. 


 
Iman kuat semangat. Sehari sebelum operate kami masuk ke ward. Dia ceria macam biasa. Lagi seminit dua nak masuk OT, dia masih tak lokek dengan senyuman.  Terima kasih kawan-kawan dan kedara-mara yang tidak putus titip doa dan semangat untuk kami.  Dua minggu lepas operate, result keluar. Alhamdulillah, bukan ketumbuhan. Sehingga kini, kami masih belum tahu kenapa bijik2 ada di leher dia. Yang penting dia sihat.
 
29 Disember yang lepas, saya dan kawan-kawan anjurkan jualan amal untuk Gaza. Program 'Gaza We Are With Charity Fund Raising' tu di buat di halaman rumah salah seorang dari kami. Idea asal program dari Lana dan Jaja pada pertengahan bulan November.  Setelah berjaya kumpulkan 18 orang, kami teruskan program. Ada 16 buah booth semuanya. Saya hanya jual kek dan cupcake sahaja :)
 
 
 
100% dari keuntungan jualan semuanya disalurkan ke Aqsa Syarif. Alhamdulillah, RM18,500 diperolehi dari jualan kesemua booth yang ada. Ditambah pula sumbangan peribadi individu yang bermurah hati, mencecah jugak RM20, 000. Asqa Syarif pun ada buka tabung derma  dan bukak pameran pada 29 Dis tu. Syukur, Allah permudahkan semua urusan. Cuaca pada hari itu jugak cerah sampai ke petang.  Zain (Oh My English) pun hadir sama. Dia salah seorang duta Aqsa Syarif. Sempat juga saya, husband dan adik lelaki saya beborak dengan dia pasal pengalaman dia ke Gaza awal bulan Disember lepas. Tak sombong orangnya, dah lah hensem pulak tu hehhehehe Dia datang dengan family, kakak (shahsa elite) dan mamanya. - untuk lihat gambar-gambar masa event berlangsung, boleh ke FB page 'Gaza We Are With You Charity Fund Raising'.

Kami mengelarkan geng kami ini 'The Pink Charity' hehhehehe...sebab semua kami ni gegirls belaka yer... hehehhehe.....Untuk tahun ini, kami dah menyenaraikan beberapa aktiviti amal yang kami akan buat. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan semuanya.

Selamat Tahun Baru yer kawan-kawan semua :)

6 comments:

  1. dah besarnya Iman!!!

    ( sebab saya kenal dia masa dia sangat baby lagi)

    bijik-bijik tu bukan ketumbuhan.. Alhamdulillah..kelenjar je kot...

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah...the outcomes is benign...apa final diagnosis doktor tentang biji2 tu? sebaceous cyst? lipoma?

    ReplyDelete
  3. Iman is really a strong kid. Moga Iman sihat sihat selalu. =)

    ReplyDelete
  4. alhmadulillah. happy for u, akak :)

    ReplyDelete
  5. fuhhh...tabah sungguh iman. parentsnya pun mesti byk ganjaran atas kesabaran.

    semoga iman cpt sembuh

    ReplyDelete
  6. Dr Singa: yer hehhe... dah besa di kecik sorang tu... Dr Singa kenal sejak dia dalam perut saya lagi...

    DaddyZ: ntah sy tak paham apa yg doktor tu tulis.. cuma dia kata syukur bukan ketumbukan atau tisu yg memungkinkan cancer.... mungkin sebab dia special atau kurang antibody, bender tu jadi sebab thats how badan dia react bila ada kuman/bakteria masuk dalam badan dia... TQ Dr daddyZ

    Aida: thanks dear.. n hugs

    ReplyDelete