26.5.13

Biar sikit asal update :)

Apakah itu?

Kami ada 3 blog sekarang ini. Blog ini, blog kraf  Prince and Print dan blog home bakery Triple Sprinkles.  Sejak kebelakangan ni, jangan kata satu, semua blog tak update. Jadi penyelesaiannya, kita buat merger lah yer. Maknanya  saya gabungkan blog kraf dengan blog ini. Bermula hari ini semua aktiviti kraf saya dan anak-anak akan dibuat di blog ini. Nak tutup terus blog itu saya tak sampai hati sebab ada peminat tersendiri. Blog Prince and Print kerap mendapat kunjungan  peminat kraf dari luar negara.

tak caya? nanti ada yang kata saya perasan pulak kan :) Ini dia trendcounter dari sana.  Tu diaaaa..... dari Bollywood paling ramai tauuu....




Ada yang tanya buat apa yer dengan hasil kraf yang kami buat? Kami simpan dalam almari untuk digunakan bila perlu. Macam bila tiba Hari Guru yang lepas, kami pakai jer handmade card yang siap dibuat. Terharu sungguh cikgu menerimanya.

Ada juga kawan-kawan minta jual. Disebabkan permintaan tersebut maka saya akan jual hasil kraf saya dan anak-anak. Macam seronok pulak bunyinya.

Malam tadi temankan Iman sampai pukul 4 pagi. Susah benor dia nak tidur awal kebelakangan ni. Kebelakangan tu ada la macam dah 3 bulan jugak lah. Dalam teman kan dia sempat saya buat make over yang tak seberapa ini. Boleh lah, simple sahaja. Nak tunggu Krafty Palatte buat make over, saya punya giliran bulan Ogos ni. Sabar yer wahai hati. Sebab sekarang jari jemari saya macam tergedik-gedik nak menulis balik. Semangat baru.

1 comment: