26.5.13

Kami di Malaysia Hari Ini TV3

Terima kasih kepada Malaysia Hari Ini TV3 kerana menjemput kami menjadi tetamu membincangkan Williams Syndrome pada 23 Mei yang lalu. Alhamdulillah, segment selama 30 minit memaparkan kisah 4 keluarga yang mempunyai anak Williams Syndrome.
 
Shafiqah (ws 12 tahun) bercakap mengenai sekolah, kawan dan makanan kegemaran. Saya dan Puan Rohimah ( ibu Shafiqah) menceritakan pengalaman membesarkan anak-anak kami. William (ws 25 tahun) bermain keyboard. Dan juga rakaman video mengenai Kian Zhoe (ws 15 tahun) membuat kraf. Iman dengan mood yang ceria dan comel duduk molek sambil makan biskut sampai habis terabur di atas lantai studio.
 
Saya risau juga sebenarnya takut Iman tak selesa, terpaksa bangun awal pagi. Almaklum kami kena berada di studio seawal 7.15 pagi sebab pukul 7:30 dah bersiaran langsung. Pengacara/hos paga hari itu ialah Zahan dan Zaim. Ally Iskandar ada tapi untuk segment selanjutnya. Zahan dan Zaim peramah di luar dan dalam program menyebabkan kami selesa berborak-borak.
 
Serius saya bawak nota yer kawan-kawan. hahahah... Punyalah nervous. letak nota atas meja, tapi akhirnya tak tengok pun. Dulu masa kerja, selalu uruskan temubual panglima-panglima, pegawai kanan dan warga TLDM. Masa tu pandai jer saya nasihat mereka jangan nervous, bila kena diri sendiri live di TV, baru tau yer....
 

 
 Kami bersama pengacara MHI: Zahan dan Ally Iskandar



Shafiqah, Iman dan William bersama supermom mereka :)
 
 Iman dan Zaim di kaca tv
 
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ramai kawan-kawan dan saudara mara mengucapkan tahniah di FB, sms dan wassap. Ayah saya telefon dari kampong dan katanya, " ohhhh macam tu yer Williams Syndrome".  Moga-moga lebih ramai rakyat Malaysia mengetahui mengenai keadaan anak-anak kami. Berbangga saya memaklumkan kepada keluarga WS  di luar negara di dalam page kami. Mereka pun tumpang seronok. Sempena WS Awareness Month macam-macam aktiviti mereka buat seperti lawatan, gathering dan Walk for WS.  
  

Bagi yang terlepas menonton kami di MHI, jemput tengok di tonton.com.my (kene register dulu). Pilih MHI pada 23 Mei 13 ( minit ke 37:00) Saya merancang nak hantar sekotak cupcake kepada penerbit MHI yang bertugas pada hari itu- Zati... Thanks so much dear.

3 comments:

  1. kena tengok kat tontonler jawabnya.. :(

    ReplyDelete
  2. Saya terlepas!

    Insya Allah ada kelapangan malam ni nak tgk kat tonton.com.my :)

    ReplyDelete
  3. oh...
    EnSuami saya mesti ada di sana masa tu..
    di balik tabir..

    ReplyDelete