17.6.13

10 filem yang sangat sesuai ditonton sempena Hari Bapa

Semalam kan Father's Day. Ada yang sambut, ada yang tak. Dah macam-macam pandangan. Terpulang pada masing-masing. Bagi pendapat saya, sama ajer macam Hari Ibu, Hari Guru, Hari Tentera. Ayah pun nak rasa hargai jugak kan. Semalam tak celebrate tak per, hari ni sempat lagi. Esok pun boleh lagi. Kasih pada ayah kan sampai bila-bila.
 
Paling senang nak celebrate apa kata, masak lauk kegeraman kegemaran ayah/suami  dan kita tonton movies. Ini dia senarai movies kegemaran saya yang sesuai ditonton bersama.  Senarai ni tidak mengikut turutan.


1. Real Steal-  Paling anak-anak saya suka sebab dia citer robot lawan-lawan. Paling saya suka sebab ada Hugh Jackman.  Saya dan anak-anak tengok ni sampai lebih dari 20 kali. Serious best citer ni.




2. Taken 1- Ini dia kisah sorang anak pompuan diculik penjahat dan bagaimana bapanya menyelamatkan anak pompuan dia dengan selagi daya yang ada.




3. Taken 2 - Ni macam sambung jer dari Taken 1. Macho lah Liam Nelson dalam ni. Walaupun tua, tapi masih berbisa. Cuma yang paling tak best tu, kalau citer barat, orang Islam jadi watak antagonis.




4. The Pursuit of Happiness. Ini bukan citer action. Drama. Banyak cakap. Tapi sdih tau. Kisah seorang bapa yang tak de kerja tapi nak menyara anak lelakinyer. Nangis la korang nanti. Filem gandingan anak-bapak. Memang Jaden Smith ni berbakat macam mak bapaknyer.



5. Erased- Filem action. Best jugak ni.  Kisah bagaimana si ayah cuba menyelamatkan anak dan dirinya dari  konspirasi dibunuh apabila semua data tentang diri mereka dipadamkan.


 

6. 2012 - Ni kengkonon citer end of the world mat saleh lah. Macam mana si ayah nak menyelamatkan anak-anak nyer dari terkorban dek kemusnahan dunia. Anak pompuan dia, cumel lah sangat.




7. John Q Hampir semua citer Danzel Washington saya suka. Dia memang pandai berlakon sumer genre filem   drama, aksi, triller, cuma muzial jer dia belum pernah berlakon. Filem ni kisah seorang bapa tawan hospital sebagai tebusan agar anak dapat mejalani pembedahan jantung. memang saya emo tengok citer ni, faham sangat  perasaaan macam mana bila anak kita sakit tapi tak dapat rawatan yang sepatutnya.



8. Sound of Music - Favourite movie of all time. Citer muzikal, banyak nanyi. Macam mana si bapa ni, seorang duda membesar 7 anak dengan penuh disiplin macam tentera. Dia amik pengasuh, pastu jatuh cnta dengan pengasuh dia. Filem pada tahun 1965,  menang 5  Academy Awards.



9.  I am Sam - Ini lagi sedih. Sediakan kotak tisu kat sebelah yer. Kisah seorang bapa yang kurang upaya nak besarkan anak dia pompuan dia. Macam-macam halangan diorg hadapi. Serious sedih giller. Masa ni Dakota Faning comel lah sangat. Kalau jumpa depan-depan, mau dipeluk sampai tak lepas.



10. Mrs Doubfire - Ni pun korang kena sediakan kotak tisu, bukan stanby untuk nangis, tapi korang akan gelak besar sampai kua air mata. Ni filem wajib tonton. Kisah seorang  bapa yang dah bercerai tapi terpaksa menyamar jadi perempuan untuk jaga anak-anaknya selepas tidak mendapat hak penjagaan.


1 comment:

  1. hehehe.. calet sket..semua ni pn kegemaran cikda n ayis..dia paling suka layan real steel tu..
    taken memang suspen ..

    ReplyDelete