24.6.13

Balik kampung

Hujung minggu ini, kami balik kampung. Mula-mula merancang untuk bawak anak-anak main pasir di pantai PD. Tapi memandangkan keadaan jerebu bertambah teruk, kami habiskan masa di rumah sahaja sambil borak-borak dengan ibu. Amirul, Arman dan Iman leka bermain video games, saya ambil kesempatan snap gambar pokok-pokok ibu yang  merimbun subur. Tangan ibu kalau tanam pokok mesti berbunga lebat. Tips dari ibu selain bagi air dan baja secukupnya, ibu suka berborak dan memuji pokok-pokok bunga ibu. Nanti pokok-pokok naik kembang bila di puji. Macam manusia juga.  Seronok snap gambar, sebab warna dan teksture yang berlapis-lapis. Ada satu pokok ni, disebabkan daun macam berbulu, dari jauh nampak macam diliputi jerebu.


Pokok-pokok buah ayah juga sama hebat. Buah manga harummanis memang menjadi buah mulut kawan-kawan. Sampai ada yang simpan biji untuk ditanam. Ada satu pokok  manga ni, ayah ikat batu untuk bagi dahan pokok merendang. Kesian plak saya tengok pokok tu.  Pokok nangka yang ayah tanam, manis sampai sabut nangka dalam buah tu pun manis jugak. Pokok nangka bermusim sepanjang masa. Lebat sangat buahnya.




Saya terdengar ayah saya cakap dengan Amirul, "Atuk tak banyak duit sangat, tapi Alhamdulillah rezeki atuk kat pokok buah atuk. Rezeki ni Allah nak bagi macam-macam jenis. Bukan duit ajer. Selera makan pun rezeki juga, sebab ada orang ada makanan depan mata, tapi dia tak de selera nak makan'. Amirul angguk-angguk kepala. Moga-moga dia paham dan ingat pesanan atuknya.

No comments:

Post a Comment