3.6.13

Bersama Fafau, FBI dan AG di Konti HOT FM

 

Lawatan kami keluarga Williams Syndrome  ke konti Hot FM dibuat selepas wawancara di Malaysia Hari Ini TV3 yang lalu. Tempat pun berdekatan, satu bangunan, apa lagi... Kebetulan Shafiqah memang minat sangat ngan Fafau dan FBI. Kesian plak saya tengok AG, lepas amik gambar ni, dia terus dok tepi.  Kami berbual-bual dengan FBI dan AG tentang Williams Syndrome, tetapi lebih fokus tentang masalah jantung.  FBI menceritakan sedikit mengenai anak beliau yang meninggal berkaitan dengan jantung juga. Terima kasih banyak kepada Fafau, FBI dan AG yang sudi terima kami jadi tetamu di konti.  Terasa beruntungnya jadi student masscomm.. lambai2 ajer, terus bebobak ngan FBI. Beliau rakan sekelas semasa UiTM dulu. Alhamdulillah, beliau masih Faizal yang saya kenal, tidak sombong, dan masih merendah diri.






Shafiqah masa masuk konti, nampak Fafau depan mata terus dia peluk kuat-kuat. Saya dah maklumkan awal, kehadiran kami ni ada anak istimewa. Jadi tidaklah Fafau terperanjat tetiba dipeluk sebegitu. Fafau memang layan kami macam dah lama kenal. Fafau juga student masscomm UiTM dulu yezzza... jangan jeles. Saya tumpang glamour jap... hheheh.... Fafau layan Shafiqa baik sangat sampai sempatlah juga Shafiqa jadi DJ kejap, tapi Shafiqa hanya sebut satu dua perkataan ajer kat speaker. Manis Fafau ni, tak payah pakai make up beriya macam kebanyakan selebriti.

Alhamdulillah, lawatan kami juga dapat live di 8TV.  Kami berharap untuk Williams Syndrome Awareness Month tahun depan (pada bulan Mei), kami dapat buat yang lagi meriah dari ini.

3 comments:

  1. Wahhh..santai betul AG & FBI gi kerja kan...boleh pakai jersey...:)

    Fafau ni manis kan...pelik juga tak sampai2 jodohnya...:) Saya doakan Fafau bertemu jodoh soon, Insya Allah..:)

    ReplyDelete
  2. kombinasi yang menarik dorang ni..
    pagi2 menceriakan suasana memandu kenderaan dalam kesesakan jalanraya.. ;)

    ReplyDelete
  3. DaddyZ: seronnok kan kalau gi kerja macam tu... tp majority yg terlibat dengan penyiaran mmg macam tu.... :) fafau mungkin berhati2 memilih lelaki atau mungkin nak focus kerjaya. sebab ada kengkawan saya yg terlibat dalam dunia penyiaran bila kawen terus suruh stop kerja atau jadi part timer ajer di TV :)


    Aizamia: yer saya pun suka HOT FM :)

    ReplyDelete