9.6.13

Bila Cameron Highlands di Belakang Rumah





Maaf. Bukan di belakang rumah saya sebenarnya. Tapi 3 minit nak ke sana dengan kereta. Maaf bukan di Cameron Highlands sebenarnya, tapi di kedai bunga kegemaran saya. Saya boleh menghabiskan masa lebih kurang satu jam, membelek-belek bunga. Dan akhirnya membeli tiga anak pokok berharga seringgit tiap satu. Saya suka ke sini, sebab memberi inspirasi. Gembira tengok bunga yang subur menggila. Seolah-olah  mereka membisik di telinga, 'belilah saya, belilah saya'. 
Mahu sahaja saya angkut kerusi malas bawak ke sini, duduk-duduk sambil menghirup teh dan sambil mencuci mata. Dah lama sungguh tak menjejak kaki ke Cameron Highlands. Kali terakhir pergi ketika saya tingkatan 3.

3 comments:

  1. saya suka gerbera itu!!

    ReplyDelete
  2. Dr Singa: gerbera tu apa ek? hehehhe saya pun suka jugak lah walau tak tau apa :)

    ReplyDelete
  3. mmg best dpt tgk pokok2 bunga subur kat nursery..

    ReplyDelete