25.6.13

Buat Sendiri Blog Makeover


Alhamdulillah, usaha saya untuk membuat sendiri Blog Makeover menampakkan hasil. Bermula dengan mengubah blog header. Saya pilih header dengan latar belakang berwarna putih. Mula-mula memang ada masalah sebab bila kita buat header putih, lepas upload jadi kelabu. Menang saya macam nak muntah sebab membelek kod HTML tu berkali-kali.  Gambar keluarga tu sebelum ini cenonit lah sangat. Cuba-cuba akhirnya jadi. Senyum sendiri. Line separator tu memang ada dalam blogger ni bila kita edit customize template, cuba sebelum ni saya tak perasan. Lagi satu problem saya dulu, saya sakit mata bila tengok ada border dan bayang-bayang keliling gambar. Nampak macam gambar saya terapung-apung. Sekarang bila dah tak de, nampak lebih kemas, sleek and posh. Post divider tu pun saya suka. Matching dengan header. Sebelum ni hanya sebaris kotak kelabu yang bosan dipandang.

Dulu saya tak suka mengodek-godek computer ni. Sebab lecturer komputer masa  belajar dulu (PPP) garang sangat. Saya budak kampung, tak ada komputer kat rumah, sekolah saya dulu pun tak de makmal komputer. Bila kena belajar basic computer programming memang saya mengelupur macam burung puyuh. Serius, kengkadang menitik air mata dalam kelas. Sebab saya tak boleh tangkap apa lecturer tu cakap. Laju bebenor. Majoriti classmates saya budak sekolah yang bagus-bagus macam MCKK, MRSM. Lecturer tu siap cakap 'If you press the wrong button, I'll kill you' dengan nada serius. Lecturer apa macam tu.   Memang saya tak respect langsung. Saya pun dah macam phobia dan trauma dengan subject tu. Saya tau memang takkan dia nak bunuh saya.   Tapi........ ntah saya tak suka kelas dia.

Sekarang ni, bila godek-godek untuk blog ni, macam ketagih pulak, nak tau itu, nak tau ini. Ada beberapa perkara lagi saya macam pening kepala. Tapi saya akan cuba. Kalau jadi tak perlu saya upah orang lain untuk buat.  Perkara yang saya nak tahu dan nak cuba buat:

~ Camne nak ubah font post title dengan font cantik sama dengan sidebar title.
~ Camne nak customize menu bar (pages)
~ Camne nak buat dropdown menu.

OK, cukup setakat ni. Nanti bila kengkawan jengah-jengah blog saya, akan berubah sini sana.

4 comments:

  1. Saya tak larat nak make over blog saya..biarlah macam tu...ubah sikit2 aja...sebab saya pun buta IT..wakakakak...Tapi saya kena belajar juga..or kena hire someone utk blog/web bisnes wife saya nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun camtu sebenarnya, tp mmg kita kena belajar sket2, sebab nanti walaupun kita upah orang buat, bila kita blog nak ubah sket2 in future, dah buleh buat sendiri.

      Delete
  2. kak ayin, saya jelessss...
    nak jugak!!

    ps:- ajaarrrrrr............................. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuu, nanti akak bg link, atau nanti kalau terlebih rajin, Akak buat tutorial yer. TQ

      Delete