7.6.13

Cara Membuat Bunga Kertas Yang Cantik dan Simple



Kali ini saya nak share cara membuat bunga kertas. Bunga kertas ni banyak kegunaannya. Boleh buat sejambak letak dalam pasu atau sebagai penghias kotak hadiah. Pemilihan warna terpulang pada diri sendiri. Macam saya suka yang plain dan pastel. Ohh yer, saya bukan kidal, tapi kalau tengok gambar semuanya dipegang dengan tangan kiri. Sebab? Tangan kanan pegang kamera ehhehehe
 
 
 
Bahan-bahan:
 
~Kertas nipis berwarna putih dan pink - nipis dan jarang macam kertas tisu. Boleh dibeli di kedai bunga segar atau di kedai jual barang-barang party birthday.
~Gunting
~Gam UHU atau gam pelbagai guna
~Benang
 
Cara:
1. Ambil sehelai kertas putih dan bahagiakan kepada 6 bahagian. Susun bertindih dan lipat macam buat kipas.
 
2. Ikat ditegah-tengah dengan benang, dah potong dihujung kiri dan kanan bagi jadi bentuk bulat atau tajam.
 
3. Lekatkan dengan gam di tepi dan kembangkan.
 
4. Buka setiap lapisan perlahan-lahan sehingga menjadi bunga.
 
5. Untuk membuat tengah bunga, lipat kertas berwarna pink.
 
6. Potong rapat-rapat tetapi jangan sampai putus. Gam kan ia di tengah-tengah bunga.
 
 
*** Dah siap, senang kan. Untuk saiz lebih kecil, buleh potong (step 1) kertas kepada saiz yang lebih kecil.
 
Kalau masih konpius, boleh tengok video ini:
 
 
 
 
Ok, selamat mencuba yer :)

7 comments:

  1. cantik. nice colour combination. pandai awak buat!

    ReplyDelete
  2. Tima kasih banyak-banyak GB :)

    ReplyDelete
  3. kalau gune kertas yg untuk burger tu bleh x

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang nipis warna putih tu kan? ha buleh... asal kertas yg nipis :)

      Delete
  4. Replies
    1. kertas nipis, ada jual kat kedai party atau kedai bunga barangan pengantin.

      Delete