10.6.13

Cara Menghias Kotak Hantaran Yang Cute dan Mudah

Bila adik minta tolong buat hantaran dia, terus saya terima sebab saya suka. Memandangkan adik saya hendak yang jenis simple sahaja dan tidak memerlukan belanja yang besar, saya terus dapat idea untuk buat hantaran dengan konsep 'paper craft'. Gaya kotak hantaran  ala-ala 'gift warpping' Martha Steward.

Apa yang diperlukan:
~ Kotak pelbagai saiz - saya beli di Lovely Lace
~ Kad manila putih
~ Pambalut hadiah berwarna oren  polkadot putih
~ Faux Pearls- mutiara tiruan, boleh dibeli kedai beads craft atau beli cekak rambut dan tanggalkan muatiara tiruan dia.
~ Riben cantek- saya beli di kedai pembekal barangan hiasan pengantin.
~ Kertas pembalut nipis berwarna putih dan pink- saya beli di kedai party
~ kertas A4 warna merah yg dipotong panjang2 untuk buat 'quilling' bentuk love.
~ Double sided
~ Gam Uhu
~ Hot Glue Gun
~ Puncher bentuk bunga, kalau tak de nanti potong bulat2 sahaja.



Cara-cara:
1. Sediakan semua bahan, kalau ada kerta warna ektra pun sediakan sekali manatau tetiba dapat ilham warna lain.

2. Potong kertas pembalut polkadot dengan saiz separuh kotak (penutup sahaja) dan tampalkan double sided.

3. Ukur dan balut kotak dengan kemas.

4. Letak reben dihujung. Ukur jarak tepi kotak dengan saiz reben jugak kalau malas menggunakan pembaris macam saya.

5. Buat bunga kertas yang comel itu. Sila rujuk tutorial bunga kertas saya sebelum ini. Lekatkan dua kuntum bunga kertas ikut kreativiti masing-masing.

6. Potong kat manila putih mengggunakan puncher berbentuk bunga dan buat bentuk love menggunakan teknik 'quilling'. Boleh letak nama mereka yg bertunang atau letak message yang kiut-kiut buat mereka.  Lekatkan  mutiara tiruan  berselerakan dengan hot glue gun. Saya letak 5 bijik mutiara setiap kotak.

7. Dah siap :)



Untuk hantaran adik saya haritu, saya buat 5 kotak. Kotak cincin dilekatkan diatas kotak cheque, kotak cupcakes, kotak baju dan kotak coklat. Dan ibu saya pula buat sireh junjung. Masa majlis pertunangan tu, sedara mara belah perempaun pun tertanya-tanya apa ada dalam kotak tu... mrmmm.... surprise gitu :)

Selamat Bertunang Azli & Yus - ini yang keberapa kali ntah  saya wish :)

4 comments:

  1. Cantik!

    Simple, yet elegance ..

    Awak boleh geng dgn wife saya, sama sama kreatif..kot bagi kat saya buat, hancur! hahaha

    ReplyDelete
  2. DaddyZ: tima kasih... haha, saya rasa pun saya buleh geng ngan ur wife walaupun belm pernah jumpa.... ramai surirumah mmg kreatif orangnyer

    ReplyDelete
  3. sukanya saya tengok! kreatif! ada tak gambar penuh masa bertunang? macam nak ambil tempahan je dari awak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih Mazaya... hehehe... tak amik tempahan kotak hantaran. Cuma amik order kek hantaran ajer :)

      Delete