25.6.13

Homeschooling - tidak mencapai objektif

Dua hari ni, macam ni keadaan bila ditinjau dari balkoni. Sebelum ini boleh nampak KLCC. Saya memang berkurung di rumah. Dan dua hari ini juga lah, Amirul dan Arman tak ke sekolah.  Saya sebolehnya, nak diaorang belajar dan jangan habiskan masa main video games.

Sambil saya meng'makeover' blog ni, saya minta diorg buat latihan. Untuk Arman pula, saya sebut ayat dia tulis ayat. Masih ada huruf yang terbalik-balik. Kita suruh dia tulis ayat dia lukis 'love' pulak! Budak-budak ni tak boleh fokus bila belajar di rumah, ada aja. Nak minum air lah, nak pergi tandas lah.
'Salut' saya pada mereka yang meng'homeschool'kan anak-anak mereka. Kawan saya yang kini menetap di Maldives, katanya amik masa setahun juga untuk  membiasakan diri dan anak fokus pada homeschooling.



8 comments:

  1. saya tak sabau..
    kang ada yang berenti sekolah awal kang...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun cepat hilag sabar... tengok Arman tu, kita suruh dia tulis, dia lukis 'love' plak... camne tuu....

      Delete
  2. betul mem...sangat menguji tahap kesabaran...contoh macam Aisy sekarang...bila kita tegur sikit dah pandai balas balik..."ai..ai captain" sambil tangan siap tabik...alahai...anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe comelllll nyer Aisy :) muahhh

      Delete
  3. Heheheheh....mcm comel lak. Kejap nak minum air. Kejap nak ke tandas eh? Sbb dgn mak sendiri, diorang tau diorang mmg manja dgn mak sendiri. Heheheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, budak-budak ni, selalu saya cakap nak hantar diorg balik kampung. kalau dengan opah, cepat jer diorg buat kerja heheheh

      Delete
  4. dak Kakak kalau buat kerja sekolah suka buat lambat2.. macam khayal..
    dak Adik nakkan perhatian.. mesti hadap dia ketika dia mengeja membaca..
    dak Nuha.. eeemm.. suka kacau dak Kakak dengan dak Adik.. tak dapat menjerit.. huhuhu..
    tu baru 3.. belum 4..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nak masuk 4 ker? Alhamdulillah........ ( hehe gurau jer)

      Delete