12.6.13

La Tour Tanguy (The Tanguy Tower)

Saya berkesempatan bersiar-siar di   Bandar Brest, Perancis ketika ditugaskan membawa media membuat liputan sewaktu berkerja dulu.  Saya merayau-rayau seorang sahaja pagi setelah selasai semua tugas kerana yakin sangat selamat di sana. Ada beberapa orang tempatan menegur saya bertanya adakah saya orang Vietnam. Bila disebut Malaysia mereka tak tahu, tapi bila disebut Kuala Lumpur atau KLCC, ada yang angguk-angguk kepala. Suasana aman  tenteram memandangkan Brest ialah adalah Bandar Tentera Laut kedua terbesar selepas Toulon di Perancis. Bandar ini juga cantik dan unik kerana masih mengekalkan bangunan dan binaan bersejarah.
 
Antara yang menarik ialah La Tour Tanguy dibina pada kurun ke- 14 untuk mengawasi sungai Penfeld yang terletak di sebelah menara ni.  Ia kepunyaan Lort of the Castle sehingga 1580. Pada 1786 ia dijual ketika Revolusi French. Separuh dari menara ini pernah musnah di bom pada Perang Dunia Ke-2. Menara bersejarah ini  menjadi kepunyaan bandar Brest  bermula 1954.  Itu jer yang saya faham fakta di papan informasi di luar menara memandangkan ilmu dalam bahasa Perancis dihujung kuku sahaja. Tiada bayaran yang dikenakan untuk  melawat menara ni tapi sekadar melihat dari luar sahaja.
 
 
Lokasi strategic La Tour Tanguy di sebelah sungai Penfeld.
 

 
 Terasa satu keajaipan apabila  memegang dinding menara yang diperbuat dari batu-batu. Saya tidak pasti adakan warna batu ini kekal sama apabila ia dibina dulu.
 
 Ada pokok-pokok bunga kecil tumbuh di dinding menara
 

 Bunga-bunga hidup subur menghiasi tangga di pintu utama.


 
Terima kasih kepada TLDM, kalau tak, tak tau bila rezeki saya sampai ke sana. Bila godek-godek gambar lama, rindu balik kat kerja :)
 

6 comments:

  1. kan mem...semua dah tinggal kenangan..

    ReplyDelete
  2. Ibu Ann: zaman tu 'zaman kegemilangan' kerja kita kan... seronok kerja. Ada jer idea nak buat tu nak buat ni. Thanks Ibu Ann. You are the best :)

    ReplyDelete
  3. zmn bekerja adalah zmn belajar sebenarnya
    zmn kenal manusia
    zmn kenal ilmu hidup
    zmn kenal tmpt orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua tiga kali baca ayat ni.... betul tu, setuju sangat

      Delete
  4. walaupun dah jauh ditinggalkan tapi itulah kenangan yang tak luput dari ingatan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kengkadang bila imbas semula, buat kita senyum-senyum sendiri :)

      Delete