5.6.13

Makan time :)


Kebanyakan anak-anak Williams Syndrome memang susah sikit nak makan.  Mungkin sebab rahang (sendi) mereka yang membuatkan mereka 'malas' nak mengunyah. Atau mungkin sebab ada teksture makanan yang mereka tak suka.  Iman pula sebelum ini ni jenis yang berselera sahaja. Asal hulur, dia nganga mulut. Tapi sekarang macam tak berapa nak makan. Risau jugak. Bila saya baca di  page WSA,  kemungkinan kandungan kalsium yang tinggi membuatkan mereka kurang berselera. Last sekali Iman check darah untuk kalsium dalam 5 bulan lepas. Kalau dalam seminggu dua ini, Iman masih tak selera makan saya akan buat appointment untuk check darah dia.
 
Saya masak sup, memang nampak berselera. Alhamdulillah, dia boleh makan sendiri sekarang, tapi bersepah lah lantai, sampai nasi naik atas kepala. Rasa kelakar pulak, bila kita pegang kamera ajer, mula lah dia posing. Ha... tengok tu... :)

3 comments:

  1. alololo.. comelnya dia.. ;)

    ReplyDelete
  2. Thanks! Saya belajar sesuatu yg saya tak tahu( or terlupa pernah belajar)....tentang Calcium in the body among WS...:)

    Anak anak saya pun saya perasan, kalau benda2 bersup, mmg berselera makan

    ReplyDelete
  3. Thanks Aizamia :)

    DaddyZ: kalau usia bawah setahun mmg majority kalsium tinggi, tu yg buat perut tak selesa, pastu nangis sepanjang malam. Iman dah stabil kalsium sekarang. CUma terbaca kat WSA pasal kalsium tinggi penyebab tak selera makan. terus jadi risau, sebab kena ubah diet dia baik kalau betul :(

    ReplyDelete