7.6.13

Ketagihan bermula- Mini Garden

Dulu saya ada buat kebun mini herba di balkoni. Konon-konon nak jadi macam Jamie Oliver, petik-petik terus masuk dalam periuk. Dengan bangga upload gambar kat FB dan kat blog. Tak lama, bila tiba musim panas, abis kering pokok-pokok herba saya. Nampak sangat diorg tak tahan panas. Sejak tu saya macam malas nak berkebun. Terbiar ajer macam tu. Ibu saya datang bulan lepas, kesian tengok pokok-pokok saya yang terbiar, ibu cantas, susun atur pasu2. Ntah kenapa berkat tangan ibu saya, berbunga pokok-pokok tu. 'Sejuk' betul tangan ibu. Kat kampung memang cantik-cantik pokok bunga ibu.


Semenjak pokok tu berbunga, semangat saya tanam bunga berkobar-kobar. Tak sampai seminggu, dah bersusun semula pokok-pokok bunga yang baru. Ambil iktibar dari pokok-pokok herba yang mati tu, saya beli pokok-pokok bunga yang sesusi dengan cuaca panas dan mudah dijaga.  Ni dia mini garden saya. Dah hampir penuh sudut tepi di balkoni.

 
Rak kasut yang lama jangan dibuang. Boleh diguna semula untuk jadi tempat letak bunga. Mula-mula tak de lah banyak saya beli pokok--pokok tu. Tapi bila tengok ada banyak ruang kosong, terus jadi gatal nak beli nak penuhkan rak kasut tu. Aihhh...... alasan kukuh untuk shopping pokok.



Yang ni satu anak pokok harga seringgit sahaja. Bila sudah matang, boleh patah-patahkan batang dan cucuk kat tempat lain pula. Pokok-pokok bunga saya semuanya berharga bawah RM10, cuma satu ajer yg RM26. Pokok RM26 tu (saya tak tau nama dia), saya letak di pintu masuk depan sebab saiz dia besar, kalau letak kat balkoni ni mau sempit jadinya. Pokok yang paling mahal dijual di tempat saya beli bunga berharga RM450. Adoiii....mengidam saya nak pokok tu. Tapi apakan daya, mahal sangat untuk poket saya. Semenjak ketagihan baru ni, pokok-pokok bunga saya beli hasil saya jual kek dan pavlova. Dapat jer duit order, terus singgah ke kedai bunga. :)


 


Proses memindahkan anak pokok ke dalam pasu. Kena buang plastik dulu. Geli jugak bila tengok ada cacing gerak sini sana.  Doa-doakan semoga mini garden saya subur dan banyak bunga. Tak sabar rasanya.

2 comments:

  1. suka tengok tapi nak menjaganya eemm.. kat umah yang ada pun pokok bunga kertas.. itupun asyik merajuk takmo berbunga.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Aizamia: manja sket pokok-pokok yang berdaun dan berbunga ni. Kalau nak ikutkan hati nak bela kaktus ajer, senang heheheh

    ReplyDelete