15.6.13

Musim Demam


Ni gambar saya amik Ahad lepas. Selalunya, Iman bila nampak kamera dia akan sengeh-sengeh bila amik gambar. Ni jer la gambar senyum dia petang tu, pastu bila nak snap lagi, dia kalih kepala, sambil jerit "nanak, nanak' (tak nak).
 
Petang tu juga  dia demam dan ciret beret, malam muntah sekali. Pastu  dia mula melepek, baring, meragam merengek sambil sebut "sakit, sakitttttt'. Alaaa kesian betul, saya tak tau nak buat apa. saya sapu minyak telon kat perut dan belakang sambil pujuk dia tidur. Esok tu  (Isnin) cirit birit lagi. Lagi badan dia lembek. Sejak semalam tu dia tak mau makan, tak mau minum. Berkejar saya ke klinik sebab tengok dia terbaring macam tu. Doktor klinik bagi ubat demam, ubat muntah, ubat cirit birit, garam. Bila lepas bagi makan ubat masih sama. Saya cuba bagi dia macam-macam, yakut, jelly, tauhu, sampaikan makanan ringan cheeszels.  Semua dia tak nak makan, tak minum.  Hari Selasa kami berkejar ke PPUM, saya dah stanby bawak baju semua sebab saya jangka akan masuk ward. Tapi Alhamdulillah, doktor kata tak perlu, sambung makan ubat. Jika tak ada perubahan, bergegas lah ke trauma. Beg kami stanby dalam kete. Hari Rabu iman bertambah baik. Sudah nak minum, tak cirit birit, cuma tak mau makan. Hari khamis betambah baik, dah mula ada selera. Dia nak cupcakes, bersungguh dia makan sampai comot  buttercream kat baju dan lantai. Bior la... asal dia nak makan. Alhamdulillah.....  bawah ni gambar Amirul yg snap. Cantik pulak pada pandangan mata saya. Ada bakat. :)  
 

3 comments:

  1. alhamdulillah..


    sekarang ni memang musim demam, cirit

    ReplyDelete
  2. Semoga dah sihat sepenuhnya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Dr Singa & Kakcik

    ReplyDelete