8.6.13

Nyonya Lime Chicken Recipe

 
Yang ni diambil dari resepi Chef Norman Musa. Sapa tak kenal dia kan? Duta makanan Malaysia di UK. Memang respect saya pada dia. Ada tiga restoran di UK. Sekali sekala chef balik Malaysia, mesti dia luangkan masa berjumpa dengan peminat. Kengkadang makan di warung sahaja. Dia memang merendah diri orangnya. Dia selalu panggil dia sendiri dengan gelaran budak kampung Pulau Pinang.

Kalau pergi ke web Chef Norman ada macam-macam resepi yang best. Macam nak cuba semuanya. Nak makan kat restoran dia ntah bila lah kan. Jadi masak resepi dia, sambil makan, sambil verangan sedang makan kat sana.


Bahan-bahan:

~ Ayam, seelok-elok bahagian dada  ikut kata chef, tapi saya buat apa yang ada.
~ Bawang
~ Bawang putih
~ Halia
~ Tomato dipotong dadu.
~ Serai
~ Cili
~ Air asam jawa
~Daun limau purut
~Santan
~Serbuk kunyit
~Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:
Bawang, bawang putih,halia dan serai dikisar. Tumis bersama daun limau purut. Bila naik bau, masukkan cili, sebuk kunyit, gaul dan masukkan air asam jawa. Masukkan sebatang serai yg diketuk/potong. Masak sehingga campuran masak (pecah minyak). Masukkan ayam dan gaul sehingga masak. Masukkan  santan dan tomato yang dipotong dadu. Gaul jangan bagi lama nanti bertambah minyak pulak dari santan.

OK dah siap.  Resepi ni memang sedap. Rasa macam rendang sikit pun ada. Yang paling best resepi ni jugak sesuai untuk makanan laut dan daging. Saya rasa kalau sotong kena rebus sikit dulu, kalau tak nanti jadi kuah pulak resepi ni. Ini resepi wajib cuba tau sebab ini adalah bestseller di restoran Chef Norman.

Resepi ni disiarkan di rancangan Market Kitchen. Ni first time Chef Norman kat  rancangan TV di UK. Nampak kaku sket dan kurang senyum. La ni kalau tengok  dia kat  tv dah steady dah, dah pro. Saya tengok suasana dapur restoran dia, teringin nak kerja sana jer. Haritu saya dah tanya dia di FB, ada kerja kosong tak, jadi pencuci pinggan pun jadi lah :) hahahha



3 comments:

  1. TQ kongsi info ni...Mmg pernah tgk beliau di TV...tak tahu pulak pasal website dia...bleh la my wife rajin2 check website dia...cari sumber inspirasi nak memasak..;)

    ReplyDelete
  2. wow!nak try ar pasni..yeah~

    ReplyDelete
  3. DaddyZ: saya selalu jenguk web dia. Dia selalu juga bg resepi kat FB yg tak de dalam web dia. haritu dia ada bagi resepi karipap pusing. mmg best :)

    Minesweeper: hehehhe jom cuba, senang jer ni :)

    ReplyDelete