19.6.13

Pertama Kali Amirul

He caught his FIRST fish :)

yeayyy!!!

Atuk lah yang paling bangga sekali. Siap tepuk tangan atuk. Atuk macam nak melompat sebenarnya.  Sebelum ini Amirul dah beberapa kali ikut pancing udang kat kolam. Tapi ini kali pertama gi pancing ikan di pantai plak tu. Alhamdulillah, dapat jugak ikan walaupun kecik. Lepas ni mesti dia lagi bersemangat nak ikut ayah dia pergi mancing. Tu yang dia seronok nak datang Coral Fishing  Chalet Resort lagi.






Ayah saya kaki pancing.
Adik-adik lelaki saya kaki pancing.
Pakcik-pakcik saya belah ayah semua suka pancing.
Sepupu- sepupu lelaki belah ayah saya, ada juga sepupu perempuan, minat pancing.
Kami kalau buat reunion, mesti cari tempat yang boleh mancing, sebab itu adalah salah satu acaranya.

Ayah saya memang dah latih adik beradik lelaki saya pergi mancing masa kecik-kecik. Kak Long saya pun ayah angkut sekali. Tapi tak pernah bawak saya. Walaupun musykil tapi saya tak kecik hati pun. Bila ditanya, jawapan ayah sebab saya mulut bising, banyak cakap, banyak tanya, nanti ikan tak mau datang. Serius, kalau dok dalam sampan dari pagi sampai lewat petang, tak kan tak boleh borak2, gelak-gelak. Saya terasa hak asasi saya diancam. Sebab itu saya tak minat memancing. Lagi satu sebab saya bukan penyabar.

Dulu masa kenalkan En Kaki Pancing kepada keluarga, disebabkan minat yang sama, dapat lah extra bonus point hahahhah. Masa kami dating dulu, siap saya pakai baju ayu, baju kurung, tapi dia bawak saya ke kolam pancing. Abis berselut kasut tumit tinggi saya. Sebab saya lah tukang kejar amik tangguk setiap kali dia dapat ikan. Korang boleh bayangkan, kalau tangguk tu di seberang kolam, laju jugak lah saya berlari dengan baju kurung dan tumit tinggi keliling kolam tu. Serius, malu sebenarnya dengan orang yang ada, tapi kalau tak lari laju, nanti ikan terlepas pula.  Dulu memang ada sikit geram. Sekarang bila teringat senyum-senyum sendiri. Sekarang ni bila ikut dia mancing kolam, dia kena pastikan kolam itu ada warung, tempat saya baca majalah/novel sambil makan-makan.

12 comments:

  1. hehheheeeeeeee..
    sebab nak dapat point lebih.. sanggup ber baju kurung bertumit tinggi !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuhuuuu nak ikutkan nak pakai sua jeans jer. Tapi sebab masa training navy dulu, kalau ladies nak kua, memang kena pakai baju kurung. tak buleh main suke.. kita pun mana tau dia nak bawak gi kolam :p

      Delete
  2. waa... kenangan manis berdating :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba teringat ( smabil senyum simpul) Thanks Maksu singgah sini

      Delete
  3. dulu en. suami tak suka bawak ai sebab bila en. suami dapat tangkap ikan mesti ai suruh lepaskan balik.. huhuhu.. tapi sekarang ai ikut sebab nak try test camera yang jarang guna tu.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kesian, nak-nak ikan yg saiz kecik, tp kalau kita niat nak makan, tak apa. saya pun tak terer amik gambar action..

      Delete
  4. Pas ni, kaki pancing menurun pd Amirul la eh? Hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer... harap2 macam tu la... kalau tdak boring nanti En kaki pancing tak ader peneman :) tima kasih singgah sini

      Delete
  5. Wahhh baju kurung gi mancing! Boleh bayangkan banyak mata pandang. Sama macam anak dara saya pakai baju kurung, then ada yang ajak dia main bowling! hahahaha comel kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saya memamahi perasaan anak dara akak. kalau dia pergi, dia akan mengalamai 'tekanan perasaan' macam saya. ehheheheh

      Delete
  6. Salam kenal.
    Terimakasih dtg dua kali komen kat blog mama. Wah menarik blog ni, nanti mama nak baca lagi entri di sini. Teruskan menulis. Bye.Moga bahagia sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih mama sudi singgah sini. InysaAllah, saya akan rajin2 menulis.

      Delete