26.6.13

Pinterest: Ramai yang tergoda macam saya

 
Tahu tak apa itu Pinterest?  Tak tahu. Seriously? (Sambil tiru gaya retis).
 
Ok, sekarang terus pergi ke Pinterest. Buka akaun. Kena ada facebook account atau twitter.
Dah ada. Type apa tajuk atau perkara yang di kotak 'search'. Maka akan keluarlah gambar yang berkaitan datangnya dari serata dunia. Pinterest lebih menyeluruh, lebih terperinci, lebih tersusun, lebih manarik dari google image. Secara ringkas Pinterst adalah 'digital pin board' dimana kita boleh 'like' gambar dan boleh 'pin' gambar-gambar yang kita minat.  Saya boleh habiskan masa berjam-jam sambil membelek pinterst dan mencari dan membaca sumber gambar-gambar. Pinterest adalah sumber inspirasi dan sumber saya berimiginasi. Ada juga yang menggunakan pinterest untuk mempomosikan produk ataupun perkhidmatan. Ada juga mengunakan pinterest untuk berkongsi minat  yang sama seperti fotografi. Menurut kajian, Pinterest menduduki tangga kedua social network yang paling digunakan oleh orang ramai. Dianggarkan Pinterest memiliki  seramai 10 juta pengguna dan bertambah dari masa ke semasa.  58% pengguna Pinterest adalah wanita dan saya adalah salah seorang daripadanya. Antara topik popular  di Pinterest ialah interiors, DIY, masak (cooking/baking), fesyen,  hobi dan kraf.
 
Mari kita lihat  Pinterest boards saya dan gambar-gambar menarik yang saya jumpa hari ini.
 
 
TheKitchn: 33 Recipe & Tips for Grilling, Gardening & Eating Outside
 
Saya suka yang ni dari Polivore 
 
 
 

No comments:

Post a Comment