27.6.13

Pokok Baru, Hadiah Dari Ayah dan Ibu

Hujung minggu lepas, saya balik kampung. Ibu bagi hadiah surprise pada saya. Pokok bunga baru. Sukanya saya. Hari ini bunga keluar, warna purple. Ayah pulak bagi saya pokok cili. Masa saya bangga citer pasal balcony garden saya pada ibu, ayah siap menyampuk, 'baik ko tanam pokok cili jer Ngah, dari tanam banyak bunga'. Saya menyengeh ajer la. Saya tanya ayah, 'pokok cili yang besar ader tak, angah tak sabar nak menuai hasil'. Hujung cerita, saya dapat satu pokok bunga, satu pokok cili dan satu pasu pokok daun sup. yeayyy!!!  Terima kasih ibu ayah. Sayangggggggg sangat.

  
 
Pokok bunga purple tu, masa ibu bagi belum keluar bunga. Daun-daun dia macam lalang. Tak cantik. Tapi bila bunga dia keluar, cantiknya. Kebetulan belum ada bunga purple dalam koleksi saya. Alhamdulillah. Pokok daun sup tu, memang saya mengendeng kat ibu, nak sepasu. Ibu ada 2-3 pasu lagi. Pokok cili yang ayah bagi,  besar jugak. Macam nak keluar bunga aje tu.
 
Malam tadi, dah boleh nampak KLCC dari balkoni. Alhamdulillah, hujan dah turun. Saya bukak sliding door seluas-luasnya. Setelah beberapa hari terperap dalam rumah.  


3 comments:

  1. lama tak dengar ' mengendeng' !!

    ReplyDelete
  2. Wah!! Daun sup tu kan??? Bestnya. Rajin bercucuk tanam.

    ReplyDelete
  3. nampak dah kelihatan bunga cili tu sikit.. ;)

    ReplyDelete