12.6.13

Resepi Chocolate Chip Cookies

Resipi ini saya pinjam dari Handle The Heat.  Ini bukan jenis crispy cookies tau. Saya tau ramai di kalangan kita yang kalau sebut cookies jer, pastu bayangkan cookies yang cripy macam Almost Famous. Classic chocolate chip cookies hanya crispy di tepi (keliling), tapi chewy di tengah.  Saya suka tekstur cookies ini. Anak-anak saya pun suka terutama Iman, sesuai dengan dia yang tak gemar nak mengunyah bender-bender keras ni.  Asal keluar dari oven, sejukkan,  tak sampai setengah jam, semuanya habis dimakan. En Kaki Pancing pernah sekali menjamu di sebuah kapal perang US yang berlabuh di Perlabuhan Kelang. Dia kata cookies ni sebijik macam yang dia rasa kat kapal US tu. Cuma saiz kat sana besar tapak tangan. Bila bagi adik ipar makan, dia tanya naper cookies ni cepat lemau.... hahaa..... kepada yg suka cookies rangup, ini bukan selera tekak anda.
 
Resepi ini, saya cuma kurangkan gula dari resepi asal. Bila dikeluarkan dari oven, rupa dia tak sama dengan Handle The Heat. Tak tahu pasal apa. mrmmm.. mungkin saya ubah sikit-sikit dari resepi asal.   Takpe ah yer,  yang penting rasanya sedap.  Entry khas ini buat kawan-kawan yang bertanya saya resepi cookies ini di FB. Bau cookies ni bila dalam oven, semerbak satu rumah bau cookies. Mungkin sampai bau ke rumah jiran sebelah.
 
 

Bahan-bahan:
 
1 cawan mentega
1/2 cawan gula putih
1 cawan gula perang
2 biji telur
2 sudu teh perasa vanila
1 sudu teh baking soda
2 sudu air panas
1/2 sudu teh garam
3 cawan tepung
2 1/2 cawan chocolate chips

Panaskan oven 200C. Campur mentega, gula dan gula perang ke dalam mangkuk. Guna mixer sampai di sebati dan halus dan kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sampai kacau guna mixer.
Masukkan baking soda dan garam di dalam air panas, kacau  larutan hingga sebati, masukkan ke dalam adunan. Kacau adunan dengan mixer.
Masukkan tepung dan kacau guna mixer.
Bila tepung dah sebati dalam adunan, masukkan chocolate chips dan kacau perlahan guna spatula.
Scop adunan menggunakan ais krim scop dah susun di baking tray.
Masak dalam 15-20 minit. (Bergantung jenis oven sebenarnya. Yang penting, jangan bukak katup, bukak katup pintu oven. Jeling tengok macam dah bertukar warna coklat keperangan. Terus keluarkan yer)  
Memang nampak macam lembik sikit yer bila kita keluarkan dari oven, ketepikan,  keliling dia akan bertukar menjadi cripy bila dia sejuk nanti.

Dah siap. Mudah saja kan?
 
Happy Baking!  

No comments:

Post a Comment