10.6.13

Resepi ikan bakar yang sedap

Mudah ajer. Pejam mata pun boleh buat. Semalam tekak macam nak rasa ikan bakar pulak. Tertelan-telan air liur bila terbayang ikan bakar. Ini resepi ikan bakar saya, senang guna oven ajer. Tapi resepi ni nak buat style BBQ pun boleh jugak. Terus balut dengan daun pisang, pasti lagi terangkat. Terbayang ikan bakar kat Umbai. Tak pernah pergi sana. Tapi  diaorang kata sedap sungguh.



Bahan-bahan (ikut arah jam):

~ Lada merah
~ Serai
~ Gula
~ Serbuk Kunyit
~ Garam
~ Belacan
~ Bawang putih
~ Bawang besar/bawang merah


Caranya: semua bahan dikisar dengan sedikit air. Tumis dengan sedikit minyak hingga separuh masak (jangan sampai pecah minyak).  Perap bahan dengan ikan sekurang-kurangnya setengah jam. Letak ikan dan bahan perap atas aluminium foil. Bakar dengan suhu 150C selama setengah jam. Ikut oven masing-masing tau, kalau jenis oven yg panas, turunkan suhu atau cepatkan masa bakar.

 
Hidang bersama cili kicap atau air asam. Memang sedap :)







8 comments:

  1. huuhu
    meleleh..
    hai..
    malam ni ade assigment nk kena buat plak
    seb abek draft dah siap
    tggal memasak n amik gambo
    teruja sbb 1st time dpt assigment ni
    adeh2!

    ReplyDelete
  2. Sidratul Muntaha: good luck n all the best dengan assignment :)

    ReplyDelete
  3. Lebih kurang sama macam style my wife buat ikan bakar..;)

    Cuma sekarang ni, dah glamour org guna pemanggang Ajaib tu kan...hihihi...Kami tak beli lagi pemanggang tu...katanya senang nak buat ikan bakar :)

    ReplyDelete
  4. DaddyZ: hahah bahan masic untuk memasak masakan Melayu. Kebanyakan masakan Melayu guna bahan ni. tak susah nak masak sebenarnya. Pemanggang ajaib tu apa ek? buat lah satu post pasal pemamnggang ajaib tu, nak tau rupa dan kegunaannya. :)

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa..tengok pic ikan bakar pagi2 ni memang terliur..pemanggang ajaib kat cosway pun ada,try akak gi tengok nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh yer ker, kalau cosway tu nanti akak jenguk. tau tempat t kat ne. thanks yer

      Delete
  6. hmm terliurnya tengok time puasa ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try buat mazlen, senang ajer ni :) thanks dating blog saya :)

      Delete