20.6.13

Resepi Popia Daging


Ini menu minum petang kami semalam.
Ni kegemaran Arman, walupun dia tak suka makan sayur.  Dia pesan pada saya, 'kalau ibu buat lagi, jangan letak sayur kecik yer'.  Saya letak juga, sebab ntah bila  dia nak makan sayur kalau tak buat macam ni.

Saya lagi suka buat sendiri sebab kalau beli, banyak kentang dari daging, walaupun ditulis di paket 'popia daging'. Mudah ajer nak buat, cuma pastikan kulit popia itu di keluarkan awal dari peti ais. Kalau sejuk  kejung camne nak gulung yer nanti. Ini yang selalu saya buat, nanti  boleh adjust sendiri kalau nak lebih sayur ker, nak lebih pedas ke, atau nak lebih daging.

Bahan-bahan (untuk buat 10 gulung popia daging)

~ kulit popia saiz besar
~ sedikit tepung gandum untuk dibuat gam ketika gulung popia.
~ minyak untuk menumis.
~ dua sudu besar bawang kisar atau saparuh labu bawang besar dipotong dadu.
~ setengah paket daging cincang - saya guna ramli
~ separuh mangkuk  sayur campur -mix veggie jagung, carot, kacang pis (separuh daging cincang)
~ 1 sudu besar cili boh
~ 2 sudu besar sos tiram
~ 4 sudu besar sos tomato.
~ 1 sudu besar sos cili.
~ garam secukup rasa (tak payah banyak sebab dah letak sos tiram)
~ sedikit serbuk black pepper (2-3 kali renjis botol)


Panaskan minyak di kuali. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili boh gaul hingga masak (pecah minyak). Masukkan sos tiram, sos, cili, sos tomato dan gaul. Kalau nampak sos macam tak cukup untuk digaul bersama daging, boleh tambah sedikit lagi sos tomoato. Masukkan garam dan black pepper. Gaul hingga sebati. Masukkan daging (cerai-ceraikan dulu, kalau tak nanti bergumpal dalam kuali). Gaul dengan rata. Masukkan sayur campur. Kacau hingga daging mengecut dan masak.
 
Untuk memudahkan proses menggulung, sediakan gam dulu. Sedikit tepung gandum yang dicampur air masak.  Tapis inti yang dimasak  untuk mengeluarkan lebihan minyak .  Letak lebih kurang 2 sudu inti dan gulung, sapu gam terutama di bahagian hujung kulit popia. Gulung inti dengan ketat dan kemas. Balut popia sekali lagi dengan kulit popia supaya tidak pecah sewaktu digoreng - maknanya 2 helai kulit popia untuk setiap satu.  Cara ini popia akan lebih kemas berbanding balut popia dengan dua helai kulit popia sekali gus.  Panas kan minyak untuk mengoreng, saya suka guna kuali leper, sekata dan jimat minyak. Panas kan minyak, masukkan popia, angkat setelah kulit popia bertukar menjadi kuning coklat.  Mudah kan. 
 
Selamat mencuba.
Psstt.... jangan lupa ambil gambar dan letak di blog. wink!wink!

1 comment:

  1. sama lah auntie pun tak suka sayur iman,kalo boleh dlm popia tu nak daging banyak2..mmg kalo beli susah nak dpt mcm taste kita

    ReplyDelete