20.6.13

Rindu

Matahari meninggi di atas kepala. Jantung saya berdebar-debar. Langkah saya laju. Sudah sebulan tidak bertemu.  Mata saya membilang  yang mana satu. Ada yang hampir sama kelihatan.  Ada yang berbatu putih, ada yang berpapan coklat. Ditangan, tersisip rapi sebotol air mineral dan sebungkus kelopak bunga mawar berwarna merah. Merah tanda cinta.
 
Dari jauh kelihatan laluan berturap simen meniti ke hujung laman. Sebulan lalu, ia tiada di situ. Sunyi alam dirasanakan. Sekali sekala kedengaran ungas menyapa. Angin  mula bertiup sepoi-sepoi bahasa.
 
'Assalamualaikum mama. Orang datang ni. Orang rindu sangat dengan mama'. Sunyi.  Hati bagai renyuk menahan rindu. Sayu melihat batu nesan mama di situ. Bagai mangalu-alu kehadiran  dengan penuh sendu. Menitis air mata, tak dapat nak dibendung lagi. Deras mengalir takala mencabut rumput-rumput yang mula menghiasi di sana sini.
 
Sedih rasa hati.
Rindu yang amat.
Allah sahaja yang tahu.
Rindu pada gelak tawa mama.
Rindu suara mama.
 
Sayup kedengaran azan Zuhur. Sampai masanya saya perlu bergegas pergi. Saya kucup batu nesan berkali-kali. 'Orang datang lagi yer ma. Nanti orang datang lagi. Orang sayang mama'.
 
Ya Allah ,pelihara mama dengan kasih sayang-Mu.
Ampuni mama dengan kasih sayang-Mu.
 
 
Al-Fatihah, buat mama, yang  saya rindu selalu.
The best mother-in- law in the world.

2 comments: