18.6.13

Trip Memancing: Coral Fishing Chalet Resort

Last weekend kami sekeluarga bersama ayah dan ibu saya ke Lumut . Memang kami dah lama merancang nak ke Coral Fishing Chalet Resort. Kebetulan ada event pulak kat Pangkalan TLDM Lumut- Majlis Jasamu Dikenang bagi pegawai-pegawai TLDM yang telah bersara (tepoh setahun lepas) termasuklah saya. Sayu hati rasa dihargai, dalam masa yang sama seronok dapat jumpa kawan-kawan.

Coral Fising Chalet Resort ni terletak di Marina Island, 3 minit drive kereta dari pintu belakang Pangkalan TLDM Lumut. Memang macam adventure jugak lah nak mancarinyer, sebab jalan nak ke situ tak diturap lagi. Kiri dan kanan jalan macam ada projek yang belum siap.

Untuk mereka yang minat memamcing, saya memang cadangkan tempat ni untuk dikunjungi. Memang cantik. Fasiliti biasa-biasa sahaja. Kereta boleh parking belakang chalet.  Senang nak angkut barang. Yang paling best, tempat mancing tu depan pintu chalet. Bukak pintu terus lompat memancing.





Satu chalet ada dua bilik di kiri dan kanan. Di tengah  pula ruang tonton TV dan terus ke tandas. Setiap dua chalet berkongsi satu pelantar tempat mancing. Alhamdulillah, jiran sebelah kami baik hati orangnya.  Kalau tali mancing terbelit dengan dia punya, cool ajer dia sambil senyum.  Bab terbelit tali mancing ni boleh kasi baran pada setengah-setengah orang tau.

Bagi mereka yang menjadi tukang sorak, tapi tak nak berpanas, boleh duduk bawah pelantar macam saya :)



Intai-intai En kaki Pancing dan ayah saya. huhuuu masa ni En Kaki Pancing tengah bosan la tu, pancing belum mengena.
Gambar-gambar yang tertampal yang membuatkan kami sabar dan terus bersemangat
Bila ditanya diorg pakai udang idup... aikkk... naper ikan kami naik kecik2 ajer yer
makan meggie sambil tunggu ayah dan atuk

Ini dia peneman saya amik gambar sana sini


Iman jugak best. Tidur ajer. Dia baru demam. Penat dok dalam kete lama-lama.

Berkobar menunggu sunset tapi sunset tak berapa jelas dari sini.


Alhamdullillah. Ini lah hasil kami selama dua hari satu malam. Ada ikan daun baru, ikan sembilang, ikan gerut-gerut dan lain-lain.



Harga semalam di sini.

Published Rate: RM400
Hari Biasa: RM215
Hujung Minggu: RM300
(diskaun RM50 untuk gomen)

Additional tilam tambah RM40. Tapi boleh pacak khemah kat luar tanpa charge (khemah sendiri). Sini pun ada restoran yg oleh buat nasi/ mee goreng2. Yang biasa ajer, kalau nak tom yam, 3 rasa ke cari restoran kat luar. Lumut ada banyak tempat.  BBQ pit pun boleh sewa.  Ada golf driving range yer. TV dia bagi yang 32 inch. Bilik ada aircond.  Ada conference room. Ada tempat karaoeke. Tapi kannn.... sini ada lalat sikit, mana datang tah. No tepon: 016-5504888, 012-5229555. Lokasi tepat: N 04 12.679 E 100 36.299

Infor lain, boleh chek kat sini lama web Coral Fishing Resort


8 comments:

  1. tempat nampak menarik.. kalau ai pergi.. memang anak2 akan jadi mangsa jadi model camera saya.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  2. huhuuuu tu yg seronok ada anak :) itupun ikut mood diaorg

    ReplyDelete
  3. salam ayin.. bagus info ni..leh cikda bgtau kat abang cikda yg kaki pancing tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waghhh seronok ni ada geng :)

      Delete
  4. kat sekinchan (dorani bayu resort) pun ada satu tempat macam ni. atas laut, dari tingkap bilik pun boleh mengail. tapi hasil kurang. cuma banyak gelama, semilang dengan duri je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekinchan dekat sini jer kan? nanti nak google. thanks for info. lagi best kan boleh mincing dr dalam bilik heheh

      Delete
  5. pewaris muda terbaru .....kaki pancing baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahamdulillah..... boleh dia ikut ayah dia selalu... kalau tak kita 'riga' (risau + curiga) jer hehhhehe

      Delete