14.7.13

Berita Terkini Dari Ladang

Bulan puasa ni saya lebih berminat cerita pasal balcony garden saya. Mungkin sebab di bulan puasa tak banyak sangat aktiviti nak dibuat. Benih pokok kacang botol Arman yang tidak menjadi tu, saya dah tukarkan dengan  benih timun. Sekejap je, dalam 3 hari dah bertunas, hari ni dah meninggi dah anak pokok tu.  Punyalah Arman seronok, tapi dia tak tahu yang saya dah semai biji benih lain. Untuk benih dill Iman yang tak menjadi pula, saya dah semai basil pula. Ini pun menjadi jugak, dah nampak dah benih bertukar rupa.  Benih lain yang menjadi sekarang ialah pokok kacang panjang. Esok lusa mungkin bertunas. Gembira sangat.

Semalam balik Bangi. Amirul bagi anak-anak pokok tomato yang pada Tok Yah dan Wan. Saya letak anak pokok dalam bekas  pie saya ajer. Tak de pasu  extra. Pasu sumer dah abis. Bila nak balik Tok Yah offer amik pasu-pasu kecik dia yang banyak terbiar. Cukup suka saya. Tapi bila nak balik, kelam kabut kemas  barang, uruskan anak, terlupa plak pasal pasu. Saya dah rancang dah, pasu-pasu tu, nak dicat dengan warna yang cantik-cantik.

Minggu depan, nak balik PD pula, nak bawak jugak anak-anak pokok tomato, timun dan kacang panjang. Mungkin nak 'swop' dengan pokok serai dan pokok daun pandan ibu. Baru saya rasa balcony garden saya dah lengkap. Sekarang dah ada pokok limau purut, limau kasturi, pegaga, daun kesum dan kari. Lepas ni nak fokus jaga pokok-pokok yang ada ajer. Huhuhuh...  tapi kan...nanti mesti menggatal nak beli lagi.
Tidak mustahil.

4 comments:

  1. Wahhh baru betul fresh dari ladang nihh...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe sekarang dapat la berjimat, kalau tak, terpaksa beli sebungkus, walaupun nak pakai 2-3 butir cili ajer

      Delete